Osteoartritis Lutut
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Osteoartritis Lutut


Osteoartritis ialah keadaan pada lutut apabila rawan lutut menjadi haus atau berlaku degenarasi disebabkan tekanan berulang terhadap rawan.

Apakah itu Osteoartritis Lutut?

Osteoartritis ialah keadaan pada lutut apabila rawan lutut menjadi haus atau berlaku degenarasi disebabkan tekanan berulang terhadap rawan.

 

Apakah Simptom-simptom Osteoartritis Lutut?

Pesakit yang mengalami osteoartritis akan merasa sakit pada lutut dan lutut menjadi kaku dan ini boleh mengganggu kualitli kehidupan mereka.

 

Siapakah yang Berisiko?

Osteoartritis lutut lebih biasa berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

Faktor risiko menghidapi osteoartritis lutut termasuklah:

  • Obesiti
  • Tekanan berlebihan pada lutut
  • Usia emas, selepas umur 55-60 tahun
  • Mereka yang mengalami kecederaan ligamen lutut yang tidak dirawat dengan betul

 

Bolehkah Osteoartritis Lutut Dielakkan?

Rawan yang rosak dan haus pasti akan berlaku apabila usia kita semakin meningkat. Bagaimanapun, kita boleh mengambil langkah tertentu untuk mengurangkan kesakitan pada lutut dan mengelakkan daripada kaku lutut akibat daripada osteoartritis.

  • Kawalan berat badan

Menjadi obes atau terlampau berat memburukkan lagi keadaan rawan yang haus disebabkan tekanan berlebihan terhadap rawan. Pengurangan berat badan akan melambatkan perkembangan osteoartritis.

  • Senaman secara kerap

Gerakkan sendi kita, terutamanya lutut kita untuk membantu menguatkan otot pada sendi. Otot yang kuat hasil daripada senaman yang kerap akan melindungi lutut kita dan menyerap tekanan yang dikenakan pada lutut. Senaman turut membantu mengelakkan kaku sendi. Antara senaman yang bermanfaat untuk lutut adalah berbasikal, berenang dsb.

  • Elakkan kecederaan lutut

Kecederaan lutut menyebabkan rawan mempunyai risiko osteoartritis yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, memanaskan badan secukupnya sebelum bersenam dan memakai peralatan pelindung seperti bebat lutut membantu mengelakkan kecederaan lutut. Jika anda mengalami sebarang kecederaan lutut semasa bersukan, pastikan ia dirawat dengan cepat oleh pakar bedah ortopedik.

Kita perlu melakukan langkah pencegahan ini semasa lutut kita masih sihat. Bagaimanapun, walaupun kita mengalami osteoartritis lutut ringan atau awal, kita masih boleh mengamalkan langkah ini untuk mengekalkan fungsi lutut yang baik dan mengelakkan osteoartritis daripada menjadi semakin buruk.

 

Apakah Rawatan untuk Osteoartritis Lutut?

Osteoartritis ringan atau awal

  • Ubat penghilang kesakitan
  • Ubat antiradang
  • Fisioterapi dan perubahan aktiviti

Kesakitan lutut yang ringan boleh dirawat dengan mengambil glukosamina sahaja atau diambil bersama-sama dengan kondroitin. Untuk keadaan yang lebih teruk, doktor boleh mengesyorkan suntikan asid hialuronik pada lutut. Suntikan asid hialuronik membantu osteoartritis ringan hingga sederhana dengan memberikan pelinciran serta melegakan kesakitan lutut kaku. Suntikan ini biasanya memberikan kelegaan simptom selama kira-kira 6 bulan hingga 1 tahun.

Osteoartritis teruk

Jika semua rawatan di atas gagal berfungsi atau jika penyakit terlalu teruk, satu-satunya pilihan yang tinggal ialah pembedahan. Pembedahan penggantian seluruh lutut merupakan pilihan yang terbaik untuk pesakit-pesakit ini.

Untuk pesakit-pesakit yang berumur 55 tahun dan lebih yang mengalami osteoartritis teruk, pembedahan penggantian seluruh lutut menawarkan penyelesaian terbaik untuk melegakan kesakitan dan meningkatkan fungsi dan kualiti hidup pesakit.

Pembedahan penggantian lutut menawarkan kejayaan yang amat tinggi dengan risiko yang minimum. Penggantian lutut boleh bertahan 15 hingga 20 tahun dan lebih lagi jika pembedahan dijalankan dengan tepat. Ketepatan yang sempurna dalam pembedahan penggantian seluruh lutut kini boleh dicapai secara konsisten dengan menggunakan pembedahan berbantu komputer (CAS). CAS ialah teknologi terkini dalam pembedahan penggantian seluruh lutut yang memberikan keputusan lebih tepat berbanding pembedahan penggantian lutut konvensional.

 


Doctor Profile
Vejayan Rajoo
Pengkhususan
Pembedahan Ortopedik & Trauma
Lokasi
Gleneagles Hospital Penang



Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital