Payudara mempunyai banyak bentuk dan saiz. Ia melalui perubahan sepanjang hayat anda. Haid, kehamilan, penuaan dan perubahan berat badan boleh mengubah bentuk, saiz dan kepejalan payudara anda. Kebanyakan perubahan ini tidak berbahaya, tetapi mungkin menjadi luar biasa. Jika tidak pasti, rujuk dengan doktor.
Mengapa Anda Perlu Melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara?
Memeriksa payudara anda sendiri membantu anda memahami payudara anda, membolehkan anda mengesan perubahan pada rupa dan kepejalan payudara anda.
Siapakah yang Patut Melakukannya?
Semua wanita, muda atau tua, termasuk mereka yang mengandung, menyusukan anak atau mereka yang mempunyai implan. Lelaki juga perlu melakukannya.
Bagaimanakah Caranya?
Lihat
Kenal pasti perubahan saiz, bentuk, warna dan tekstur pada kulit dan puting anda
Tangan di sisi anda Tangan di pinggang Tangan diangkat ke atas kepala
Rasa
Sentuh payudara anda semasa anda baring dan / atau semasa mandi
Untuk memeriksa payudara sebelah kiri, angkat lengan kiri anda dan gunakan hujung jari tangan kanan anda untuk membuat pergerakan bulatan kecil.
Gunakan tekanan yang lembut dan kuat. Pastikan anda memeriksa seluruh payudara dan bawah lengan dengan cara yang sistematik.
Picit puting dengan perlahan untuk melihat sama ada keluar lelehan.
Ulangi pemeriksaan pada payudara sebelah kanan anda.
Apakah Perubahan pada Payudara Saya yang Perlu Saya Ambil Tahu?
Saya Telah Mengesan Perubahan Luar Biasa, Apakah yang Perlu Saya Lakukan?
Wait a minute
Wait a minute