Pembedahan Kanser Payudara | Hospital Gleneagles

Pembedahan Kanser Payudara

gleneagles-breast-cancer-surgery

Kanser payudara merupakan kanser pada tisu payudara. Perkara ini terjadi akibat pertumbuhan sel yang tidak terkawal sel-sel dalam payudara.

Rawatan untuk kanser payudara bergantung kepada beberapa faktor iaitu peringkat dan gred kanser, kesihatan am pesakit, status menopaus dan pilihan peribadi.

Pembedahan selalunya merupakan langkah pertama rawatan untuk kanser payudara, dengan jenis prosedur ditentukan oleh ciri-ciri kanser.

Jenis pembedahan kanser payudara

Prosedur pembedahan untuk kanser payudara termasuk mastektomi, lumpektomi dan pembedahan rekonstruktif.

Mastektomi melibatkan pembuangan sepenuhnya sebelah atau kedua-dua payudara. Sesetengah jenis mastektomi juga termasuk pembuangan tisu dinding dada lain yang terjejas.

Lumpektomi atau pembedahan memelihara payudara, membuang tumor atau "benjolan" dan beberapa tisu di sekeliling payudara. Cara ini sering dipertimbangkan untuk kanser payudara peringkat awal.

Pembedahan payudara rekonstruktif memulihkan bentuk payudara selepas mastektomi, menggunakan implan, tisu daripada bahagian badan yang lain atau kedua-duanya.

Selepas pembedahan, rawatan tambahan seperti kemoterapi, radioterapi atau terapi hormon atau terapi bersasar mungkin disyorkan untuk menangani saki baki sel kanser yang tertinggal.

Potensi risiko dan komplikasi

Seperti mana-mana pembedahan, terdapat potensi risiko dan komplikasi yang berkaitan dengan pembedahan kanser payudara, walaupun kebanyakan risiko tersebut adalah kecil.

Pendarahan dan jangkitan merupakan risiko yang paling biasa, tetapi langkah-langkah diambil semasa pembedahan untuk meminimumkan risiko ini. Bengkak dan lebam di sekitar tapak pembedahan ialah normal dan biasanya sembuh dari semasa ke semasa.

Parut boleh timbul bergantung pada jenis pembedahan, tetapi pakar bedah anda akan melakukan yang terbaik untuk mengurangkannya, walaupun beberapa parut tidak dapat dielakkan.

Jika terdapat pengumpulan cecair di tapak pembedahan yang membentuk seroma, saliran mungkin diperlukan.

Terdapat juga risiko kecil untuk darah beku terbentuk di kaki (trombosis urat dalam) atau paru-paru (embolisme pulmonari).

Kesan sampingan tertentu juga mungkin berlaku. Selepas pembedahan payudara, kekakuan bahu, kelemahan dan pengurangan julat pergerakan di bahu dan lengan adalah perkara biasa dan mungkin berterusan selama beberapa minggu.

Mereka yang menjalani pembedahan pada nodus limfa aksilari mungkin mengalami axillary web syndrome, juga dikenali sebagai cording.

Tempoh pembedahan kanser payudara

Tempoh pembedahan kanser payudara berbeza-beza berdasarkan beberapa faktor, termasuk jenis pembedahan (lumpektomi atau mastektomi), tahap kanser dan sebarang prosedur tambahan yang diperlukan. Secara amnya, pembedahan boleh berlangsung dari satu hingga beberapa jam.

Persediaan untuk pembedahan kanser payudara

Selepas diagnosis kanser payudara, doktor akan menjadualkan pertemuan dengan pesakit untuk membincangkan pilihan pembedahan.

Anda dinasihatkan untuk berhenti merokok kerana merokok boleh mengurangkan bekalan darah kepada tisu badan, yang berpotensi menyebabkan komplikasi dan meningkatkan risiko jangkitan selepas pembedahan.

Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting kerana berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko komplikasi akibat anestesia dan menjejaskan hasil pembedahan.

Kekal aktif secara fizikal sebelum pembedahan boleh membantu menguatkan otot yang terlibat.

Masa pemulihan

Penjagaan selepas pembedahan kanser payudara berbeza-beza bergantung pada jenis pembedahan. Ramai pesakit boleh menjalani pembedahan payudara sebagai prosedur harian, membolehkan mereka pulang ke rumah pada hari yang sama atau hari berikutnya.

Namun, jika pembentukan semula payudara dilakukan secara serentak, tempoh penginapan di hospital mungkin lebih lama, biasanya antara dua hingga tujuh hari.

Selepas pembedahan kanser payudara, pesakit mungkin mengalami kesakitan dan pergerakan terhad di dada dan lengan selama dua hingga tiga minggu.

Keletihan boleh berterusan untuk seketika dan mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk memulihkan tahap tenaga normal sepenuhnya. Biasanya, kebanyakan individu boleh menyambung aktiviti seperti biasa selepas kira-kira sebulan

Atur janji temu di Hospital Gleneagles

Jika anda mempunyai soalan tentang pembedahan kanser payudara, hubungi kami untuk mengatur janji temu hari ini untuk rundingan atau lawati Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Gleneagles yang terdekat dengan anda

Loading...

Wait a minute