Pundi kencing ialah organ yang berongga dan berotot di kawasan pelvis yang menyimpan air kencing sebelum dikeluarkan daripada badan melalui uretra.
Kanser pundi kencing berpunca daripada pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam pundi kencing. Pertumbuhan atau tumor ini lazimnya terbentuk apabila sel-sel di lapisan pundi kencing membahagi dengan pantas dan menghasilkan tisu yang berlebihan.
Apabila kanser hanya terdapat pada lapisan dinding pundi kencing, ia dipanggil kanser pundi kencing superfisial. Walau bagaimanapun, jika kanser merebak ke dinding otot dan ke organ yang lebih jauh, seperti paru-paru, hati dan tulang, ia diklasifikasikan sebagai kanser pundi kencing invasif.
Terdapat tiga jenis kanser pundi kencing, iaitu adenokarsinoma, karsinoma sel skuamus dan karsinoma sel peralihan atau urothelial.
Punca sebenar kanser pundi kencing tidak diketahui. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor risiko yang dikaitkan dengan kanser pundi kencing.
Kanser pundi kencing paling kerap ditemui dalam kalangan individu yang berumur 70 tahun ke atas. Dilahirkan sebagai lelaki dan mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser pundi kencing juga dikenal pasti sebagai faktor risiko untuk penyakit ini.
Faktor lain yang menyumbang kepada risiko mengalami kanser pundi kencing termasuk pengambilan lemak tepu yang tinggi, pengambilan herba dan ubat penahan sakit secara tetap, jangkitan pundi kencing kronik, jangkitan parasit tertentu dan merokok. Malah, merokok ialah punca yang utama dan menyumbang lebih daripada 50% kes kanser pundi kencing.
Di tempat kerja tertentu seperti industri tekstil dan getah, pendedahan kepada bahan kimia seperti bahan yang terdapat dalam pewarna rambut dan pewarna
Berikut adalah simptom-simptom yang boleh dikaitkan dengan kanser pundi kencing:
Doktor akan terlebih dahulu bertanya tentang kesihatan umum anda dan simptom sebelum menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh. Diagnosis dibuat berdasarkan simptom yang anda laporkan, pemeriksaan fizikal dan penyiasatan.
Pilihan rawatan yang tersedia untuk kanser pundi kencing bergantung pada gred kanser, sejauh mana dinding pundi kencing diserang dan kesihatan umum pesakit. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mencadangkan rancangan yang khusus untuk anda, dan ini mungkin melibatkan satu kaedah atau gabungan beberapa kaedah rawatan.
Untuk kanser pundi kencing superfisial (peringkat awal), rawatan termasuk:
Untuk kanser pundi kencing invasif (peringkat lanjut), rawatan termasuk:
Jika anda mengalami mana-mana gejala kanser pundi kencing, hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Onkologi kami di Hospital Gleneagles berdekatan anda.
Hospital Gleneagles bekerjasama dengan ahli gine-onkologi untuk membantu pesakit sepanjang rawatan kanser. Pasukan profesional penjagaan kesihatan yang prihatin dan pelbagai disiplin sedia untuk berunding dan memberikan penjagaan yang terbaik
Wait a minute