Penyakit Injap Jantung | Gleneagles Hospital

Penyakit Injap Jantung

Penyakit injap jantung berpunca daripada kerosakan pada salah satu daripada empat injap jantung (tricuspid, mitral, pulmonari, atau aorta).

  • Injap trikuspid dan mitral mengawal aliran darah antara jantung dan atrium
  • Injap aorta mengawal aliran darah antara jantung dan aorta
  • Injap pulmonari mengawal aliran darah dari jantung ke paru-paru

Punca-punca

Walaupun penyakit injap jantung mungkin merupakan gangguan kongenital, ia kerap menyerang di kemudian hari. Puncanya mungkin termasuk:

  • Demam reumatik: Jika tidak dirawat, jangkitan bakteria mungkin merosakkan injap
  • Endokarditis bakteria:Disebabkan oleh bakteria yang menyusup ke dalam aliran darah dan menetap di dalam lapisan jantung, menyebabkan bengkak dan kerosakan yang ketara
  • Serangan jantung:Merosakkan dan melemahkan otot yang mengawal injap jantung
  • Lupus sistemik
  • Tumor

Tanda dan Gejala

Mungkin tiada gejala dalam kes tertentu penyakit injap jantung. Walau bagaimanapun, penyakit injap jantung boleh membawa implikasi yang serius dalam kes yang teruk. Tanda dan gejala yang paling tipikal termasuk:

  • Degupan jantung tidak normal/Jantung berdebar
  • Keletihan
  • Demam
  • Sakit kepala atau pengsan
  • Bengkak di kaki, buku lali dan perut
  • Berat badan cepat naik

Faktor risiko

  • Umur yang lebih tua
  • Hipertensi, kolesterol tinggi, kencing manis dan faktor risiko lain untuk sakit jantung
  • Sakit jantung kongenital (diperolehi sejak lahir)
  • Serangan jantung sebelumnya, sakit jantung atau jangkitan jantung

Diagnosis

  • Pemeriksaan fizikal
  • Pengimejan resonans magnetik jantung (MRI)
  • Elektrokardiogram (ECG)
  • Ekokardiogram
  • X-Ray dada
  • Angiogram

Pilihan rawatan

Perjalanan rawatan ditentukan oleh tahap teruk keadaan. Anda mungkin tidak memerlukan rawatan jika keadaan minor.

Pilihan untuk rawatan mungkin termasuk:

  • Ubat untuk melegakan bengkak, ritma jantung yang tidak normal, hipertensi dan gejala lain contohnya, diuretik, antiaritmia dan penipisan darah
  • Pembedahan injap jantung seperti penggantian dan pembaikan injap jantung

Pencegahan

Kekalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko anda. Berikut ialah beberapa langkah yang boleh anda ambil:

  • Berhenti merokok
  • Kekalkan berat badan yang sihat
  • Kekal aktif secara fizikal
  • Urus tekanan anda
  • Jaga pemakanan yang sihat
  • Kurangkan pengambilan alkohol

Lawati Hospital Gleneagles berdekatan anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Kardiologi kami

 



Rujukan:

  1. Valvular heart disease. Available at https://www.cdc.gov/heartdisease/valvular_disease.htm#:~:text [Accessed on 29 April 2022]
  2. Valvular heart disease. Available at https://www.heartandstroke.ca/heart-disease/conditions/valvular-heart-disease [Accessed on 29 April 2022]
  3. Heart valve disease. Available at https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-valve-disease/symptoms-causes/syc-20353727?p=1 [Accessed on 29 April 2022]
Loading...

Wait a minute