Kekal selamat daripada COVID-19 semasa musim perayaan
First slide First slide
Penjagaan Pencegahan
Penyakit Berjangkit

Kekal selamat daripada COVID-19 semasa musim perayaan

03 Februari 2023 · 3 mins read

Topics




Ketika kita menuju ke penghujung pandemik COVID-19, marilah kita terus mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk kekal selamat semasa musim perayaan.

Di Malaysia, kita meraikan pelbagai perayaan – Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali dan banyak lagi. Kita menantikan perayaan ini untuk bertemu keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.

Musim perayaan menawarkan kita peluang yang baik untuk berehat, bersantai daripada kesibukan hari bekerja dan berseronok bersama orang tersayang.

Namun, apabila pandemik COVID-19 melanda dunia pada tahun 2019, keadaan telah berubah secara drastik di seluruh dunia. Kehidupan kita telah berubah dengan ketara dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Ketika kita menuju ke penghujung pandemik COVID-19, peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) telah dilonggarkan, sempadan telah dibuka dan perhimpunan dibenarkan. Akan tetapi, mengambil langkah berjaga-jaga sudah menjadi amalan penting dalam kehidupan seharian kita dan ia akan terus berlaku.

Oleh itu, marilah kita diingatkan tentang beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh kita ambil untuk menjaga keselamatan semasa musim perayaan.

Apakah yang boleh kita lakukan untuk kekal selamat daripada COVID-19?

  1. Elakkan mengambil mudah risiko COVID-19

    COVID-19 tidak boleh dipandang ringan walaupun sudah tiga tahun berlalu. Adalah penting untuk sentiasa bermaklumat dan mengambil langkah untuk mengurangkan penularan COVID-19.

    Sedar bahawa tahap risiko jangkitan bergantung kepada penularan di kawasan tempat kita tinggal. Jika anda menganjurkan atau menghadiri perhimpunan secara peribadi, elakkan menghabiskan masa yang lama dalam perhimpunan besar, terutamanya dengan kanak-kanak kecil dan orang tua.

  2. Jika anda berasa sakit, duduk di rumah

    Duduk di rumah jika anda mengalami simptom (sakit tekak, batuk, rumah berair), tidak kira betapa ringannya simptom tersebut. Asingkan diri anda daripada orang lain dan jalani ujian agar selamat.

  3. Pelitup muka (Ingat: bukan hanya mulut tetapi hidung juga!)

    Penting untuk mengambil perhatian bahawa pelitup muka bertujuan untuk menutup mulut dan hidung anda. Memakai pelitup muka yang dipadankan dengan betul boleh menghalang penyebaran atau jangkitan virus. Pilih pelitup muka anda dengan bijak dan pastikan anda memakai penitup muka yang bagus dengan kesesuaian dan penapisan yang baik.

  4. Jalani ujian sebelum dan selepas mengembara atau berkumpul untuk cuti

    Jalani ujian 1-3 hari sebelum perjumpaan keluarga atau sebelum sebarang perjalanan, walaupun anda tidak menunjukkan simptom.

  5. Rancangan pertemuan dalam kumpulan yang kecil

    Rancangan pertemuan dalam kumpulan yang berbeza untuk keluarga dan rakan untuk mengelak terlalu ramai orang. Galakkan semua tetamu untuk membersihkan tangan dengan betul sebelum memasuki tempat pertemuan.

  6. Berkumpul di luar atau tingkatkan aliran udara di ruang dalaman

    Berkumpul di luar mengurangkan penularan COVID-19 berbanding mengadakan pertemuan tertutup di dalam bangunan. Mempunyai sistem pengudaraan udara yang baik boleh mengurangkan jangkitan COVID-19.

  7. Cuci tangan anda

    Akhir sekali, masih penting untuk mencuci tangan anda untuk melindungi daripada virus. Mengekalkan kebersihan sentiasa merupakan langkah yang baik.

Buat tempahan janji temu di Hospital Gleneagles

Kesimpulannya, semasa kita menuju ke penghujung pandemik COVID-19, marilah kita terus mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk kekal selamat semasa musim perayaan.

Jika anda menghadapi situasi yang memerlukan rawatan perubatan, sila dapatkan rawatan perubatan segera di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di Hospital Gleneagles terdekat dengan anda. 

Rujukan

  1. COVID-19 and the holidays: How to reduce your risk. Available at https://www.unicef.org/coronavirus/covid-and-the-holidays [Accessed 13 January 2023]
  2. Six ways to protect yourself and those around you during the holiday season. Available at https://www.who.int/westernpacific/news-room/feature-stories/item/six-ways-to-protect-yourself-and-those-around-you-during-the-holiday-season [Accessed on 13 January 2023]
  3. Nasihat Untuk Mengurangkan Risiko Jangkitan COVID-19 Ketika Menyambut Tahun Baru Cina. Available at https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/infografik/jpeg/Nasihat%20untuk%20mengurangkan%20risiko%20jangkitan%20covid19%20chineseny.jpg [Accessed on 16 January 2023]

Suggested Artikel