Topics
Penyakit Seperti Influenza (ILI) boleh berlaku sepanjang tahun di Malaysia dan berkait rapat dengan jangkitan saluran pernafasan lain, termasuk virus metapneumovirus manusia (hMPV). ILI adalah serupa dengan COVID-19, di mana ia merebak melalui sentuhan langsung dengan titisan pernafasan yang terhasil daripada batuk dan bersin. Simptomnya juga boleh tumpang tindih dengan jangkitan lain seperti jangkitan pernafasan akut (ARI).
Kes hMPV dan Persamaannya dengan ILI
Virus metapneumovirus manusia (hMPV) adalah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh keluarga Pneumoviridae dan berkongsi banyak simptom dengan ILI. Pada tahun 2024, Malaysia merekodkan 327 kes hMPV, meningkat daripada 225 kes pada tahun 2023. Walaupun hMPV bukan penyakit baru dan tidak memerlukan pelaporan di bawah Akta Penyakit Berjangkit, adalah penting untuk orang ramai kekal berwaspada, terutamanya semasa musim selesema apabila jangkitan seperti ini cenderung untuk merebak dengan lebih mudah.
Gejala Penyakit Seperti Influenza (ILI)
Gejalanya termasuk:
- Demam panas dengan suhu melebihi 38ºC
- Batuk
- Sakit kepala
- Seram sejuk
- Sakit tekak
- Sesak hidung
- Sakit otot
- Kelesuan
Gejala gastrousus yang kadangkala datang bersama influenza, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak:
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
Gejala ILI berkurangan dalam masa 10 hari dalam kebanyakan kes. Namun, penyakit ini boleh menjadi semakin teruk dalam masa 48 jam bagi sesetengah orang. Dapatkan rawatan perubatan jika gejala semakin teruk.
Individu yang berisiko dijangkiti ILI
Kumpulan individu berikut adalah berisiko dijangkiti ILI:
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Wanita hamil
- Orang yang mempunyai masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung
Pencegahan ILI
Langkah pencegahan untuk ILI adalah serupa dengan langkah yang diambil untuk mencegah jangkitan COVID-19, seperti:
- Amalkan penjarakan sosial.
- Gunakan pelitup muka jika bertemu dengan sesiapa.
- Elakkan daripada keluar jika anda tidak sihat.
- Basuh dan bersihkan tangan dengan kerap.
- Pastikan persekitaran sekeliling anda bersih.
- Amalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Vaksinasi menentang influenza
Dapatkan vaksin influenza untuk diri anda dan keluarga anda adalah satu lagi langkah yang boleh membantu mencegah keterukan jangkitan ILI.
Walaupun vaksin influenza tidak dapat mencegah anda daripada jangkitan ILI, ia boleh mencegah komplikasi yang lebih teruk.
Sila dapatkan nasihat doktor anda tentang vaksin influenza yang sesuai untuk anda.
Apa perlu anda lakukan jika anda mengesyaki anda dijangkiti influenza?
Jika anda menunjukkan gejala penyakit seperti influenza dan anda mengesyaki dijangkiti influenza, anda harus mendapatkan rawatan perubatan.
Anda juga perlu mengkuarantin diri anda dan duduk di rumah bagi mengelakkan sentuhan dengan orang lain.
Kebanyakan orang yang dijangkiti influenza mempunyai gejala ringan dan tidak perlu dimasukkan ke hospital atau ubat antivirus. Walau bagaimanapun, jika gejalan anda semakin teruk, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Buat janji temu di Hospital Gleneagles
Jika anda tahu anda berisiko tinggi mengalami komplikasi berkaitan influenza, atau jika anda risau tentang hMPV, sila buat temujanji dengan doktor untuk konsultasi melalui laman web kami atau muat turun aplikasi MyHealth360 daripada Google Play Store atau Apple App Store.
Jika anda mahu membuat janji temu saringan kesihatan, sila hubungi pusat pemeriksaan kesihatan di Hospital Gleneagles yang berdekatan.