Prepared by Team of Consultant Paediatrics
Gleneagles Kuala Lumpur
Obesiti dan berat berlebihan dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan. Obesiti membuatkan kanak-kanak mengalami risiko untuk menghidap penyakit kardiovaskular, hipertensi, masalah tingkah laku, kemurungan dan kematian pramatang. Obesiti juga menyebabkan kanak-kanak terjejas dengan stigma sosial, dibuli dan memiliki keyakinan diri yang rendah.
Kanak-kanak dengan berat badan berlebihan adalah lebih mungkin untuk mengalami masalah pengurusan berat badan menjelang usia dewasa.
Faktor genetik, hormon atau epigenetik (faktor alam sekitar yang mempengaruhi perubahan genetik) mungkin memainkan peranan dalam peningkatan berat badan anak anda. Anak anda mungkin mengalami gangguan yang dikenali sebagai sindrom Prader-Willi (PWS), gangguan jarang ditemukan yang membuatkan anak anda makan secara berlebihan. Hal ini adalah punca genetik yang paling biasa bagi obesiti walaupun menjejaskan kurang daripada 0.5 peratus daripada populasi, dengan kira-kira satu orang dalam setiap 12,000 - 15,000 orang yang didiagnosis menghidapnya.
Masalah kesihatan yang mengancam nyawa ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan hormon leptin dan ghrelin yang menyebabkan selera makan kanak-kanak meningkat. Tanda-tanda yang dapat diperhatikan adalah seperti mempunyai selera besar yang luar biasa dan kecenderungan makan yang berlebihan. Terdapat rawatan yang berbeza-beza untuk membantu anak anda hari ini.
Setiap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak adalah unik. Sebagai ibu bapa, anda mungkin mendapati diri anda bergelut untuk membantu anak anda membentuk tabiat gaya hidup yang lebih sihat, makan makanan berkhasiat dan memastikan penambahan berat badan yang sihat.
Apabila usia kanak-kanak kian meningkat, tabiat mereka makin terbentuk dan menjadi lebih sukar untuk diubah. Persekitaran yang membantu membangunkan dan menggalakkan tabiat sihat termasuk masa yang mencukupi untuk aktiviti fizikal, menyediakan sistem emosi yang penuh kasih sayang dan menyokong serta mengajar mereka tentang kebaikan dalam memilih makanan berkhasiat.
Kanak-kanak memerlukan kira-kira 60 minit aktiviti fizikal setiap hari. 60 minit aktiviti fizikal tidak perlu terus dilakukan pada masa yang sama. Beberapa tempoh singkat aktiviti untuk sepanjang hari juga adalah baik.
Tips untuk menggalakkan tabiat sihat:
Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Pediatrik di Hospital Gleneagles yang terdekat dengan anda jika anda mendapati berat badan anak anda bertambah dan menimbulkan kebimbangan.
Wait a minute
Wait a minute