Gleneagles Hospital Penang
Health Hub
Artikel
Kanser Hidung (Karsinoma Nasofaring)

Kanser Hidung (Karsinoma Nasofaring)

 

Kanser hidung yang juga dikenali sebagai karsinoma nasofaring (NPC) ialah kanser kelima paling lazim di Malaysia.

 

Apakah Faktor Risiko Kanser Hidung?

  • Jantina lelaki
  • Sejarah keluarga yang menghidap kanser hidung
  • Merokok
  • Memakan ikan masin dan sayur masin yang mengandungi nitrosamina
  • Bekerja dalam industri balak dan terdedah kepada nikel, debu kromat dan debu kayu keras

 

 Apakah Simptom-simptom Kanser Hidung?

  • Bengkak tanpa rasa sakit di bahagian leher (unilateral atau bilateral)
  • Lelehan hidung atau air liur berdarah
  • Sumbatan hidung unilateral
  • Sumbatan telinga unilateral
  • Sakit kepala unilateral
  • Muka kebas
  • Penglihatan berganda (diplopia)

 

Bagaimanakah Kanser Hidung Didiagnos?

  • Nasofaringskopi dengan biopsi
  • X-ray dada
  • Imbasan CT atau imbasan MRI
  • Imbasan PET

 

Apakah Jenis Rawatan bagi Kanser Hidung?

Pesakit yang didiagnos dengan kanser hidung akan dirawat dengan menggunakan radioterapi bersama atau tanpa kemoterapi.

 

Bagaimanakah Kanser Hidung Boleh Dicegah?

  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat
  • Elakkan daripada merokok
  • Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar
Kongsi