Uterus seorang wanita dilapisi dengan tisu yang dipanggil endometrium. Kadang-kadang, tisu ini boleh terbentuk di luar uterus. Masalah ini dipanggil endometriosis.
Endometriosis boleh berlaku pada mana-mana wanita semasa umur boleh mengandung, termasuk remaja. Ia juga boleh berulang pada wanita yang pernah dirawat untuk endometriosis.
Biasanya, tisu endometrium melapisi bahagian dalam uterus. Kehadiran tisu endometrium di luar uterus dikenali sebagai endometriosis. Semua tisu endometrium, sama ada di dalam atau di luar uterus, boleh bertindak terhadap hormon seks wanita yang mengawal kitaran reproduktif. Lapisan tisu endometrium di dalam uterus akan membesar, menebal, dan kemudian pecah dan berdarah. Begitu juga dengan tisu endometrium di luar uterus.
Bagaimanapun, tisu endometrium dan darah di dalam uterus akan keluar secara normal iaitu melalui haid jika persenyawaan telur tidak berlaku. Tisu endometrium di luar uterus pula tiada jalan keluar yang normal. Oleh itu, apabila ia pecah dan berdarah, tisu endometrium akan kekal di dalam badan.
Pembesaran dan pendarahan tisu endometrium yang tinggal di dalam badan boleh menyebabkan kesakitan, haid yang tidak normal dan pembentukan tisu parut. Endometriosis juga boleh menyebabkan ketaksuburan.
Berikut adalah faktor risiko yang meningkatkan kemungkinan wanita untuk mengalami masalah ini:
Gejala endometriosis boleh bersifat sederhana atau teruk. Sesetengah orang mengalami kesakitan yang amat teruk sementara ada yang hanya merasa tidak selesa atau tiada gejala langsung.
Bagaimanapun, berikut adalah tanda-tanda biasa bagi endometriosis:
Endometriosis tidak bergejala mungkin akan ditemui semasa pemeriksaan rutin pelvis atau pembedahan untuk masalah lain. Ataupun, doktor anda mungkin akan mengesyaki endometriosis jika anda mengalami gejala yang disebut di atas, di mana beliau akan melakukan pemeriksaan fizikal.
Selalunya, endometriosis akan didiagnosis melalui:
Laparoskopi boleh dijalankan untuk mengesahkan diagnosis. Prosedur ini selalunya dilakukan sebagai pesakit luar dan dijalankan di bawah anestesia umum atau setempat.
Instrumen nipis untuk melihat dipanggil laparoskop akan dimasukkan melalui insisi kecil di bawah pusat. Laparoskop akan membolehkan doktor melihat abdomen dan kaviti pelvis untuk mengenal pasti sebarang kecacatan tisu endometrium.
Insisi kecil yang kedua boleh dibuat untuk memasukkan instrumen lain untuk mendalami pemeriksaan atau digunakan untuk mengeluarkan sedikit sampel tisu. Sampel ini boleh diperiksa untuk mengesahkan diagnosis endometriosis.
Endometriosis boleh dikategorikan kepada 4 tahap:
Dua kejadian semula jadi yang selalunya akan memperbaiki tanda dan gejala endometriosis adalah kehamilan dan menopaus.
Semasa kehamilan, ovulasi dan haid akan berhenti dan gejala endometriosis mungkin akan mereda buat sementara.
Selepas menopaus, ovari akan berhenti mengeluarkan hormon seks perempuan secara kekal dan semua tisu endometrium akan menjadi layu secara semula jadi. Menopaus selalunya terjadi apabila wanita berada dalam lingkungan umur 40-an atau 50-an.
Endometriosis selalunya dirawat dengan:
Meskipun intervensi perubatan adalah rawatan terbaik untuk menguruskan masalah ini, petua gaya hidup di bawah boleh membantu meredakan kesakitan:
Endometriosis adalah penyakit kronik yang masih belum ada penyembuhnya. Bagaimanapun, ada rawatan yang boleh membantu anda menguruskan kesakitan dan komplikasi masalah tersebut. Buat tempahan janji temu dengan Pakar Ginekologi di Hospital Gleneagles hari ini jika anda sedang menghadapi mana-mana gejala yang disebut di atas.
Wait a minute
Wait a minute