Kanser tiroid berasal dari kelenjar tiroid. Wanita tiga kali lebih berkemungkinan menghidap kanser ini berbanding lelaki, biasanya dalam lingkungan 40-an atau 50-an dan lelaki dalam 60-an atau 70-an.
Di Malaysia, insiden kanser tiroid adalah 1.6% di antara semua kes baharu yang dilaporkan pada 2020. Berita baiknya - kanser ini biasanya sangat boleh dirawat dengan kadar penyembuhan yang sangat baik.
Jika seseorang individu didiagnosis menghidap kanser tiroid, mereka mungkin mengalami salah satu daripada empat jenis utama:
Golongan yang berisiko didiagnosis dengan kanser tiriod termasuk:
Tanda dan simptom biasa:
Kehadiran ketulan pada tekak atau leher biasanya memberi amaran kepada individu untuk mendapatkan rawatan perubatan. Doktor akan memeriksa saiz dan kepejalan tiroid, juga mengesan sebarang nodus limfa yang besar pada leher.
Cara lain untuk mendiagnosis kanser tiroid:
Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai jenis pemeriksaan dan prosedur diagnostik yang dilakukan untuk mendiagnosis kanser tiriod.
Pilihan rawatan bergantung pada tahap dan jenis kanser dan kesihatan umum pesakit. Selalunya, lebih daripada satu jenis rawatan diperlukan.
Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai jenis teknologi rawatan untuk merawat kanser tiriod.
Tiada kemungkinan untuk mencegah kanser tiroid pada golongan yang mempunyai risiko purata penyakit ini. Namun, langkah boleh diambil untuk mengurangkan risiko kanser pada individu yang mengalami mutasi genetik.
Pembedahan pencegahan (prophylactic) boleh dipertimbangkan pada orang dewasa dan kanak-kanak dengan gen yang diwarisi yang meningkatkan risiko kanser tiroid medula. Prosedur ini melibatkan pembedahan pembuangan kelenjar tiroid sebelum kanser berkembang.
Pada masa ini, tiada ujian saringan yang disyorkan untuk individu berisiko purata. Walaupun ujian darah atau ultrasound tiroid boleh menunjukkan perubahan dalam tiroid, ujian ini hanya digunakan secara rutin pada individu yang mempunyai peningkatan risiko kanser tiroid.
Ujian genetik mungkin disyorkan untuk golongan yang mempunyai sejarah keluarga kanser tiroid medulla pada usia awal untuk memeriksa sama ada mereka membawa mutasi yang menyumbang kepada kanser.
Jika anda mengalami mana-mana simptom kanser tiroid, hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Perkhidmatan Onkologi di Hospital Gleneagles yang terdekat dengan anda.
Hospital Gleneagles bekerjasama dengan ahli onkologi untuk membantu pesakit sepanjang rawatan kanser. Pasukan profesional penjagaan kesihatan yang prihatin dan pelbagai disiplin sedia untuk berunding dan memberikan penjagaan yang terbaik.
Wait a minute