Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) | Hospital Gleneagles

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Sindrom Ovari Polikistik (PCOS) adalah gangguan hormon yang menjejaskan golongan wanita dalam usia reproduktif.

PCOS adalah satu penyakit dengan tiga ciri utama:

  1. Haid tidak teratur.
  2. Lebihan hormon androgen (hormon lelaki).
  3. Ovari polikistik - ovari membesar dan mengandungi banyak kantung (folikel) berisi cecair yang mengelilingi telur. Bertentangan dengan namanya, wanita sebenarnya tidak mempunyai sista jika menghidap PCOS.

Faktor risiko PCOS

Punca sebenar PCOS tidak diketahui, tetapi dipercayai berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon, faktor genetik dan rintangan insulin.

Seorang wanita berisiko tinggi mendapat PCOS disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  • Rintangan insulin: Rintangan insulin merujuk kepada masalah apabila tisu badan menunjukkan kerintangan terhadap kesan insulin. Oleh itu, badan memerlukan pengeluaran insulin tambahan untuk mengimbanginya.
  • Ketidakseimbangan hormon: Peningkatan paras testosteron dan hormon peluteinan (LH).
  • Genetik: Jika saudara terdekat seperti ibu, kakak atau ibu saudara anda menghidap PCOS, kemungkinan anda untuk menghidapinya adalah bertambah.

Simptom PCOS

Jika anda fikir anda mungkin menghidap PCOS, anda harus berbincang dengan doktor anda. Simptom yang mungkin menyerlahkan PCOS termasuk:

  • Kitaran haid tidak teratur: Kitaran haid tidak teratur kurang daripada enam hingga lapan tempoh haid setahun
  • Akne
  • Pertumbuhan bulu pada muka dan badan yang berlebihan (hirsutisme)
  • Berat badan naik
  • Tompok kulit yang menebal, baldu dan gelap (acanthosis nigricans)
  • Apnea tidur
  • Kemandulan (sukar untuk hamil)
  • Kemurungan dan kebimbangan
  • Gangguan makan seperti bulimia dan makan berlebihan
  • Disfungsi seksual

Diagnosis PCOS

Diagnosis PCOS biasanya disyaki pada wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan simptom hiperandrogenisme (paras androgen meningkat) seperti jerawat, hirsutisme dan keguguran rambut wanita.

Doktor anda mungkin mengesyorkan ujian hormon dan/atau darah untuk menolak masalah berkaitan hormon lain. Selain itu, anda mungkin memerlukan imbasan ultrabunyi untuk membantu mendiagnosis PCOS.

Pilihan rawatan untuk PCOS

PCOS tidak boleh diubati, tetapi simptomnya boleh dirawat. Pilihan rawatan mungkin berbeza-beza kerana individu dengan PCOS boleh menunjukkan pelbagai simptom.

  1. Perubahan gaya hidup:
    • Kerap bersenam.
    • Mengekalkan diet buah-buahan dan sayur-sayuran yang sihat, makanan penuh, ikan, ayam dan daging tanpa lemak.
    • Menurunkan berat badan adalah salah satu kaedah paling berkesan untuk menguruskan keabnormalan insulin, kitaran haid yang tidak teratur dan simptom PCOS yang lain pada wanita yang berlebihan berat badan atau obes.
  2. Perubatan:
    • Pil kontraseptif oral untuk mengawal haid dan merawat hirsutisme (pertumbuhan bulu yang berlebihan pada muka dan badan).
    • Progestin juga membantu merawat masalah haid yang tidak teratur.
  3. Rawatan kesuburan:
    • Clomiphene merangsang ovari untuk mengeluarkan satu atau lebih telur.
    • Jika anda menghidap PCOS dan ubat-ubatan tidak dapat membantu anda hamil, rawatan persenyawaan in vitro (IVF) mungkin disyorkan.
    • Telur diekstrak dari folikel dan disenyawakan di luar rahim. Telur atau telur yang disenyawakan kemudiannya ditanam semula di dalam rahim. Terdapat kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mempunyai anak kembar atau kembar tiga dengan IVF.

Aturkan tempahan janji temu di Hospital Gleneagles

Jika anda mengesyaki bahawa anda mengalami simptom PCOS, hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi di Hospital Gleneagles yang terdekat dengan anda.

Loading...

Wait a minute