Trans-Thoracic Echocardiogram (TTE) | Gleneagles Hospitals Malaysia
Health Hub
Perubatan A - Z
Trans-Thoracic Echocardiogram (TTE)

Trans-Thoracic Echocardiogram (TTE)

 

Prosedur yang selamat dan tidak sakit ini, digunakan sebagai teknik diagnostik yang tidak invasif. Gelombang ultrabunyi (frekuensi tinggi) digunakan untuk menangkap imej-imej jantung anda termasuk injap dan kebuk jantung. Doktor anda dapat melihat dengan lebih jelas untuk mengesan keabnormalan dalam jantung, dan memeriksa keupayaan mengepam jantung. 

Mengapa anda perlukan Elektrokardiogram (ECG)?

Keputusan prosedur Ekokardiogram akan membantu doktor anda memeriksa, menilaikan dan memantau sebarang keabnormalan dalam jantung. Ia juga dapat membantu doktor anda menilaikan keupayaan mengepam jantung dan fungsi injap. Ekogram dapat membantu mengesan sebarang keabnormalan, termasuk tumor, cecair, lubang, desir jantung, jangkitan injap jantung dan otot jantung yang dijangkiti, selepas berlakunya serangan jantung. 

Ekokardiogram membantu mengesan penyakit jantung kongenital yang wujud semasa lahir, dan punca bagi darah beku selepas strok. 

Loading...

Wait a minute