Positron Emission Tomography (PET) Scan | Gleneagles Hospital

Imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET)

 

Apakah itu Tomografi Pancaran Positron (PET)? 

PET adalah prosedur pengimejan perubatan terkini yang boleh memberikan maklumat terperinci tentang fungsi-fungsi organ atau sistem dalam badan anda. Imbasan PET biasanya dijalankan untuk mendiagnosis kanser, gangguan neurologi (otak) dan penyakit kardiovaskular (jantung).

Melalui proses imbasan PET, pengesan radioaktif akan disuntik untuk mendapatkan imej-imej badan yang akan dirakam. Kamera digunakan untuk mengesan sinaran pengesan radioaktif yang disuntik, dan menangkap imej-imej berbilang dimensi yang dijanakan oleh komputer. Suntikan radiopengesan ini lebih banyak berkumpul dalam tisu berpenyakit berbanding tisu sihat. Pengimbas PET semakin kerap digunakan bersama imbasan Tomografi berkomputer (CT). Kaedah ini membolehkan maklumat yang diperolehi daripada imej CT digabungkan dengan data fungsian bagi PET. 

Mengapa Anda Perlukan Imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET)?

Imbasan PET dijalankan untuk mendiagnosis dengan tepat, dan memantau penyakit seperti kanser, gangguan neurologi (otak), dan penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung). Pada peringkat awal, masalah tersebut mungkin tidak dapat dikesan menggunakan teknik pengimejan lain (seperti imbasan CT dan MRI). Biasanya, ia digunakan untuk membantu doktor anda menentukan peringkat kanser, lokasi, dan sebarannya ke bahagian badan yang lain.

Imbasan PET boleh membantu menentukan sama ada sawan epilepsi perlu dibedah, dengan menyediakan maklumat tentang bahagian otak yang menyebabkan serangan epilepsi anda. Imbasan ini juga digunakan dalam pemeriksaan Penyakit Alzheimer dan Parkinson, di mana imej-imej tersebut membantu menentukan bahagian otak yang tidak berfungsi secara normal. Jika gangguan neurologi ini dapat dikesan pada peringkat awal, rawatan yang diberikan akan menjadi lebih berkesan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital