Neuro-Oftalmologi membantu menangani isu-isu visual berkaitan sistem saraf. Gangguan visual boleh disebabkan oleh gangguan pada saraf optik, sistem saraf pusat (otak dan spina), pergerakan bola mata dan pupil.
Gangguan saraf optik merangkumi:
Tekanan
- Gangguan pergerakan mata:
- Penyakit berkaitan orbit mengganggu pergerakan
- Penyakit berkaitan saraf dan otot menyebabkan kelemahan
- Penyakit boleh menjejaskan penghantaran isyarat antara saraf dan otot
- Penyakit boleh menjejaskan otot
- Penyakit boleh menjejaskan bahagian otak yang mengawal pergerakan
- Bekalan darah tidak mencukupi (Iskemia)
- Keradangan
- Kecederaan/trauma
- Tekanan dalam otak bertambah
- Tekanan dalam mata bertambah (Glaukoma)
Punca-punca
Gangguan Neuro-Oftalmologi bergantung pada punca gangguan tersebut seperti:
- Tekanan oleh tumor
- Bekalan darah tidak mencukupi kerana Hipertensi, Diabetes, Hiperlipidemia atau merokok
- Keradangan yang berpunca daripada penyakit lain seperti gangguan tisu penghubung dan sklerosis berbilang
Simptom-simptom
Seperti puncanya, simptom-simptom turut bergantung pada jenis gangguan:
Tekanan oleh tumor - Hilang penglihatan beransur-ansur tanpa rasa sakit
Gangguan pergerakan mata - Penglihatan berganda, penglihatan kabur, penglihatan tidak stabil (bergoyang), pening, jalan tidak stabil, sakit kepala dan lemah
Bekalan darah tidak mencukupi (Iskemia) kepada saraf optik - Hilang penglihatan dengan pantas tanpa rasa sakit
Keradangan - Hilang penglihatan dengan pantas dan masalah penglihatan warna; jika saraf optik terjejas, sakit mungkin dirasai di sebalik mata
Kecederaan/trauma - Simptom bergantung pada jenis dan di mana kecederaan terletak
Tekanan dalam otak bertambah - Sakit kepala, loya atau muntah, hilang penglihatan sementara, atau gangguan neurologi dalam bahagian badan yang lain (lemah atau hilang imbangan)
Simptom paling biasa bagi Gangguan Neuro-Oftalmologi adalah kehilangan atau gangguan penglihatan, penglihatan berganda, pupil tidak seimbang, serta kekejangan kelopak mata dan wajah.
Rawatan
Bergantung pada punca-punca dan simptom-simptom, pakar kami di Hospital Gleneagles akan mencadangkan rawatan yang betul untuk anda, atau merujuk anda kepada pakar neurologi atau pakar yang lain.