Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)

Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)

 

Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan imej bahagian dalaman tubuh dari pelbagai sudut berlainan. MRI mempunyai banyak faedah seperti tidak menggunakan X-ray, tidak menyakitkan, bukan invasif, lebih berkuasa dan lebih peka. MRI juga tidak mempunyai sebarang kesan sampingan, dan boleh juga digunakan untuk mendiagnosis serta menilaikan berbagai masalah perubatan berkaitan tisu lembut.

 

Bilakah imbasan MRI perlu dijalankan?

 

Imbasan MRI disarankan bagi masalah berkaitan tisu lembut seperti jantung, paru-paru, hati dan organ-organ lain, kerana ia dapat menangkap imej yang tidak boleh diperolehi dengan X-ray. Ini boleh membantu pakar anda menilaikan struktur dan fungsi organ anda untuk mendiagnosis penyakit anda. Imbasan MRI boleh mendiagnosis dan menilaikan penyakit seperti aneurisme otak atau tumor otak, dan turut mendiagnosis jenis lesi pada otak. Imbasan MRI dijalankan bagi pesakit yang mengalami strok, untuk menentukan lokasi sumbatan atau pendarahan yang telah menyebabkan strok tersebut, dan juga untuk mengkaji sebarang punca bagi epilepsi.

Imbasan MRI adalah rawatan alternatif yang lebih selamat dan tidak invasif berbanding angiografi X-ray, dan ia turut mendiagnosis penyakit berkaitan jantung dan otak, kecederaan tisu lembut, sendi dan masalah spina. Imbasan ini juga membantu merancang dan menyediakan pakar bedah kami untuk menjalankan prosedur tertentu seperti kraniotomi sedar (pembuangan lesi otak) dan rangsangan dalam otak.

Di mana rawatan ini boleh didapati?

Perkhidmatan kami disediakan berpandukan matlamat anda untuk mendapatkan rawatan yang pantas, tepat dan berkesan. Di Hospital Gleneagles, pasukan pakar dan kakitangan kami komited sepenuhnya dalam menyampaikan perkhidmatan yang mengutamakan keperluan anda. Ambil langkah pertama untuk menjadi lebih sihat, dengan mendapatkan penjagaan kesihatan yang tersuai dan berkualiti tinggi, yang kami sediakan sepanjang 40 tahun lalu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital