Ginjal Bengkak (Hidronefrosis)

Ginjal Bengkak (Hidronefrosis)

 

Hidronefrosis berlaku apabila terdapat bengkak dalam buah pinggang kerana penahanan urin. Buah pinggang tidak dapat menyalirkan urin kepada pundi kerana terdapat sumbatan. Ini boleh menjejaskan satu atau kedua-dua buah pinggang.

Saluran kencing merangkumi empat bahagian berasingan, iaitu buah pinggang, ureter, pundi kencing, dan uretra. Fungsi utama saluran kencing adalah untuk mengeluarkan buangan dan cecair berlebihan daripada badan. Jika buah pinggang berfungsi secara normal dan boleh menapis darah dan mengeluarkan buangan serta cecair berlebihan, urin akan terhasil. Pelvis ginjal mengumpulkan urin yang dialirkan melalui tiub ureter dan memasuki pundi kencing. Lama-kelamaan, pundi akan dipenuhi oleh urin, yang dikeluarkan daripada badan melalui uretra. Urin yang berlebihan akan berkumpul menjadi mendapan jika terdapat sumbatan. Ini boleh menyebabkan limpahan, atau refluks, yang menghasilkan bengkak dalam pelvis ginjal.

Hidronefrosis mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom. Simptom yang utama adalah rasa sakit, sama ada di bahagian tepi dan belakang (dikenali sebagai sakit rusuk), groin dan abdomen. Tanda dan simptom lain termasuk rasa sakit semasa kencing. Gesaan untuk membuang air kecil mungkin bertambah dan inkontinens boleh berlaku. Selain itu, anda mungkin rasa loya dan demam. Kesemua tanda ini bergantung pada keadaan dan keterukan sumbatan. 
Punca-punca

 

Hidronefrosis biasanya disebabkan oleh penyakit atau faktor risiko tersembunyi. Punca-punca utama bagi Hidronefrosis termasuk:

- Batu karang
- Sumbatan kongenital (kecacatan yang didapati semasa lahir)
- Darah beku
- Parut pada tisu (akibat kecederaan atau surgeri sebelumnya)
- Tumor atau kanser (menjejaskan kawasan organ dalam pundi, serviks, kolon, atau prostat)
- Prostat membesar (bukan kanser)
- Kehamilan
- Jangkitan saluran kencing (atau penyakit lain yang boleh menyebabkan keradangan saluran kencing)
Simptom-simptom

 

Tanda dan simptom ini mungkin merangkumi:

- Gumpalan besar di bahagian perut
- Sakit yang disebabkan oleh ginjal membesar kerana bengkak

Jika simptom-simptom ini muncul, ia menandakan buah pinggang yang amat lemah. Buah pinggang yang lagi satu mungkin masih berfungsi dengan baik.
Diagnosis

 

Ultrabunyi digunakan sebagai alat diagnostik yang membantu menilaikan keadaan ginjal anda. Gelombang bunyi digunakan untuk menjana imej visual bagi organ buah pinggang. Doktor anda akan menentukan diagnosis menggunakan x-ray, tomografi berkomputer (CT), dan pengimejan resonans magnetik (MRI). Ini boleh merangkumi sistoskopi, di mana tiub panjang dengan lampu dan kamera pada hujungnya (sitoskop) digunakan untuk meneliti dalam pundi dan uretra dengan lebih jelas.

Pemeriksaan urin dan darah boleh juga menunjukkan keadaan fungsi buah pinggang. Doktor anda boleh menentukan puncanya sebagai batu karang, jangkitan, atau sebarang punca yang lain.
Rawatan

 

Hidronefrosis biasanya dirawat dengan menentukan penyakit atau punca yang tersembunyi, seperti batu karang atau jangkitan. Sesetengah kes tidak memerlukan sebarang surgeri dan mengambil antibiotik sahaja sudah memadai. Jika terdapat batu karang, ia boleh keluar dengan sendirinya. Bagi kes yang kronik, surgeri diperlukan untuk mengeluarkannya.

Jika terdapat sumbatan teruk dan hidronefrosis yang kronik, urin berlebihan perlu dikeluarkan menggunakan kateter untuk menyalirkannya daripada pundi kencing. Kaedah lain adalah penggunaan tiub nefrostomi untuk mengeluarkan urin daripada buah pinggang. Pengesanan awal dan rawatan segera boleh mengelak penyakit daripada bertambah teruk.

Jika tidak dirawat, kegagalan buah pinggang boleh berlaku, dan dialisis mungkin diperlukan atau pemindahan buah pinggang. 

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital