Bronkoskopi

Bronkoskopi

Hospital Gleneagles menawarkan prosedur Bronkoskopi untuk memeriksa salur udara larinks dan paru-paru, supaya pakar kami dapat mendiagnosis dengan tepat, sebarang keabnormalan keradangan, tumor dan masalah lain berkaitan pernafasan dan paru-paru, yang mungkin dihidapi atau tidak disedari oleh anda. Bronkoskop yang tegar atau fleksibel dimasukkan ke dalam salur udara melalui hidung atau mulut, selepas sedatif sedar (ubat yang membuat pesakit mengantuk dan tenang) diberikan, tanpa penggunaan anestesia umum.

Bilakah Bronkoskopi akan disarankan?

Jika anda mengalami batuk kronik yang berpanjangan atau batuk darah, pakar kami akan mencadangkan Bronkoskopi untuk memeriksa salur udara anda dengan lebih teliti, dan menilaikan simptom-simptom paru-paru anda dengan lebih tepat.

Pemeriksaan ini juga disarankan bagi jangkitan paru-paru seperti tuberkulosis, atau kanser paru-paru, dan parut pada paru-paru yang disyaki wujud, selepas didiagnosis oleh pemeriksaan lain seperti X-ray. Bronkoskopi juga dapat memeriksa sebarang keabnormalan yang disyaki, dengan mengumpulkan sampel tisu dari dalam, melalui biopsi atau pengurusan bronkoalveolar.

Prosedur ini turut merangkumi rawatan terapeutik, di mana cecair atau mukus, serta objek asing yang tersekat akan dibuang. Stent juga boleh digunakan untuk meluaskan salur udara, dan membantu dalam pembuangan tumor secara laser.

Di mana rawatan ini boleh didapati?

Perkhidmatan kami disediakan berpandukan matlamat anda untuk mendapatkan rawatan yang pantas, tepat dan berkesan. Di Hospital Gleneagles, pasukan pakar dan kakitangan kami komited sepenuhnya dalam menyampaikan perkhidmatan yang mengutamakan keperluan anda. Ambil langkah pertama untuk menjadi lebih sihat, dengan mendapatkan penjagaan kesihatan yang tersuai dan berkualiti tinggi, yang kami sediakan sepanjang 40 tahun lalu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital