Fahami Keputihan & Jangkitan Faraj: Tanda, Punca dan Rawatan | Gleneagles Hospitals Malaysia
Jangkitan faraj dalam kalangan wanita Jangkitan faraj dalam kalangan wanita
Penjagaan Pencegahan
Penjagaan Pencegahan
Kesihatan Wanita

Memahami jangkitan faraj

24 Julai 2023 · 4 mins read

Topics









Pelajari tentang pelbagai jenis keputihan yang menunjukkan jangkitan faraj.

Memahami keputihan normal dan tidak normal

Cecair atau lendir yang keluar dari faraj adalah sejenis keputihan yang di alami oleh sebahagian besar gadis dan wanita bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Selalunya, keputihan tidak kerap disedari sehiggalah ia keluar dari faraj, iaitu laluan yang menghubungkan rahim ke bahagian luar badan. Di bahagian atas faraj terletaknya serviks, manakala bahagian bawah pula adalah ke vulva dan labia. Vulva merujuk kepada kulit di sekeliling lubang faraj.

Keputihan yang normal

Keputihan biasa terdiri daripada sel kulit faraj, bakteria, lendir dan cecair yang dihasilkan oleh faraj dan serviks. Keputihan ini biasanya mempunyai sedikit bau dan boleh menyebabkan kerengsaan ringan pada vulva. Keputihan melindungi saluran faraj dan saluran kencing daripada jangkitan dan memberikan pelinciran kepada tisu faraj.

Untuk menentukan sama ada keputihan anda normal, pertimbangkan perkara berikut:

  • Bau: Cairan biasa biasanya tidak mempunyai bau yang kuat atau tidak menyenangkan.
  • Warna: Cairan biasa biasanya berwarna jernih atau putih.
  • Konsistensi: Keputihan normal boleh mempunyai konsistensi yang berbeza. Ia boleh menjadi tebal dan melekit atau licin dan basah serta bergantung pada faktor seperti kitaran haid dan perubahan hormon anda.
  • Amaun: Jumlah keputihan boleh berbeza antara individu dan sepanjang peringkat kitaran haid anda. Keputihan yang lebih pekat mungkin berlaku semasa kehamilan, aktiviti seksual atau semasa menggunakan kawalan kelahiran.

Keputihan yang tidak normal

 Jenis keputihan adalah normal, ia menjadi kebimbangan apabila disertai dengan kegatalan, pedih atau gejala tidak selesa yang lain.

Kemampuan untuk membezakan antara keputihan biasa dan keputihan yang disertai dengan tanda dan gejala berikut adalah penting. 

  • Bau yang tidak menyenangkan atau menyengat
  • Kegatalan pada vulva, pembukaan faraj atau labia
  • Kemerahan, bengkak atau rasa sakit pada vulva
  • Kesakitan semasa hubungan seksual atau ketika membuang air kecil
  • Keputihan yang bercampur darah
  • Rasa sakit di bahagian pelvis atau abdomen bawah

Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, sila dapatkan nasihat pakar sakit puan secepat mungkin.

Leukorea

Leukorea merujuk kepada keputihan pekat berwarna keputih-putihan yang boleh berlaku disebabkan oleh faktor fisiologi, keradangan atau jangkitan parasit.

  • Leukorea fisiologi: Berlaku semasa akil baligh, ovulasi dan sekitar tarikh kitaran haid, dan biasanya berpunca daripada ketakseimbangan estrogen.
  • Radang leukorea: Berpunca akibat keradangan atau kesesakan mukus vagina. Jika lelehan bertukar warna menjadi kuning atau berbau, maknanya penyakit sedang berkembang dan ahli ginekologi mesti ditemui.
  • Leukorea parasit: Berpunca daripada bakteria parasit. Simptom-simptom biasa bagi leukorea parasit adalah sensasi yang pedih, rasa gatal serta lelehan keputihan berbuih dan pekat yang berwarna putih atau kuning.

Vaginitis

Vaginitis ialah keradangan pada faraj yang yang menyebabkan keputihan disertai rasa gatal, pedih atau sakit.

Keadaan ini boleh berpunca daripada jangkitan bakteria, kulat, parasit, atau faktor bukan berjangkit seperti perubahan hormon selepas menopaus dan penyakit kulit tertentu.

Jenis-jenis keputihan berdasarkan warna dan puncanya

Perubahan dalam bau, warna atau tekstur keputihan boleh menunjukkan jangkitan.

Warna

Kemungkinan punca

Konsistensi

Bau

Gejala yang berkaitan

Putih Pekat

Jangkitan yis (Candida albicans)

Pekat, berketul seperti dadih, melekat di dinding faraj

Tiada

Kegatalan melampau pada faraj dan ketidakselesaan semasa hubungan intim

Kuning hijau

Trichomoniasis (Trichomonas vaginalis)

Cair, berbuih dan mudah mengalir/p>

Hanyir, berbau busuk

Rasa pedih ketika buang air kecil, kegatalan, dan kekerapan membuang air kecil

Kelabu

Vaginosis bakteria

Cair, berbuih, meleleh

Bau amis seperti ikan

Iritasi ringan di bahagian faraj

Kuning hijau (daripada serviks)

Keradangan serviks (servisitis)

Keputihan tebal dan likat

Bau yang tidak menyenangkan

Sakit pada perut bawah dan ketidakselesaan semasa melakukan

Pilihan rawatan untuk keputihan yang tidak normal

Walaupun sesetengah wanita mungkin lebih suka mengelak daripada mendapatkan rawatan perubatan, bergantung pada rawatan sendiri boleh mengakibatkan kelewatan dalam menerima diagnosis yang tepat, peningkatan perbelanjaan, atau gejala yang lebih teruk.

Dalam kebanyakan kes, adalah disyorkan untuk menjalani pemeriksaan fizikal oleh pakar sakit puan sebelum memulakan sebarang rawatan, bergantung pada punca keputihan, antibiotik atau antiviral mungkin diperlukan.

Cara mengurangkan dan menghilangkan keputihan

Keputihan merupakan sebahagian daripada proses semula jadi tubuh wanita dan kebiasaannya tidak membimbangkan. Namun begitu, apabila keputihan menjadi luar biasa—seperti berubah warna, berbau kuat atau menyebabkan rasa tidak selesa—ia mungkin menandakan masalah kesihatan yang memerlukan perhatian dan rawatan yang sesuai.

Amalkan Kebersihan Intim yang Baik

  • Bersihkan bahagian luar faraj (vulva) setiap hari dengan air suam dan sabun tanpa pewangi.
  • Elakkan penggunaan produk berpewangi, tisu basah wangi, atau mencuci bahagian dalam faraj (douching).
  • Keringkan kawasan intim dengan sempurna selepas mencuci, dan pastikan teknik lap yang betul dari depan ke belakang.

Pilih Pakaian yang Mesra Kulit

  • Gunakan pakaian dalam kapas yang longgar dan menyerap peluh.
  • Elakkan pakaian yang ketat atau diperbuat daripada bahan sintetik yang boleh memerangkap kelembapan.

Gaya Hidup Sihat untuk Sokong Kesihatan Faraj

  • Kekalkan hidrasi dan pemakanan seimbang untuk bantu sistem imun melawan jangkitan.
  • Makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt boleh membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik.

Kaedah Semula Jadi Sebagai Sokongan Tambahan

  • Rendaman air daun jambu batu boleh membantu meredakan iritasi ringan.
  • Minyak kelapa dara atau minyak tea tree yang dicairkan boleh digunakan secara luaran sebagai bantuan sokongan.

Nota: Jika keputihan berterusan lebih daripada tiga hari, disertai dengan bau kuat, rasa pedih, atau perubahan ketara, segera dapatkan nasihat doktor.

Keputihan semasa kehamilan

Semasa kehamilan, adalah perkara biasa untuk mengalami peningkatan dalam keputihan, yang berfungsi sebagai mekanisme perlindungan untuk mencegah jangkitan daripada merebak ke rahim.

Semasa minggu-minggu akhir kehamilan, keputihan cenderung bertambah. Mungkin terdapat lendir merah jambu, melekit, seperti jeli dengan garis-garis. Ini dipanggil "tanda" dan menandakan pemisahan lendir yang telah ada dalam serviks anda sepanjang kehamilan. Tanda ini menunjukkan bahawa badan sedang memulakan persediaan untuk bersalin. Ada kemungkinan untuk mengadakan beberapa "tanda" kecil muncul pada hari-hari menjelang kelahiran.

Buat tempahan janji temu di Gleneagles Hospital

Walaupun keputihan adalah normal, memahami tanda dan gejala keputihan yang tidak normal adalah penting untuk intervensi awal. 

Hubungi kami untuk menempah janji temu dengan pakar sakit puan hari ini, atau mengetahui lebih lanjut mengenai Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi di Gleneagles Hospital terdekat anda.

SuggestedArticles