Topics
Kanser ovari adalah pertumbuhan sel abnormal di dalam ovari, yang membentuk sebahagian daripada sistem pembiakan wanita.
Ini merupakan satu daripada kanser yang paling biasa dalam kalangan wanita di Malaysia dan biasa dilihat dalam wanita berumur 40 tahun dan ke atas.
Faktor risiko kanser ovari
Berikut adalah faktor risiko bagi kanser ovari:
- Umur yang lebih tua: Kanser ovari adalah perkara biasa dialami wanita atas 40 tahun
- Sejarah keluarga kanser ovari: Risiko lebih tinggi jika wanita itu mempunyai ibu atau adik beradik yang didiagnosis dengan kanser ovari
- Mutasi gen seperti BRCA1, BRCA2 atau yang berkaitan dengan sindrom Lynch
- Endometriosis
- Penggunaan terapi penggantian hormon (HRT)
- Menarke awal atau lewat putus haid
- Tabiat gaya hidup seperti merokok
- Obesiti
7 gejala kanser ovari yang perlu anda perhatikan
Kanser ovari – pada peringkat awalnya – menghasilkan sedikit atau tidak spesifik simptom dan mungkin dikaitkan dengan keadaan lain yang lebih biasa. Simptom kabur selalunya menyebabkan perkembangan penyakit tidak dapat dikesan sehingga mencapai peringkat akhir.
Bagi membantu pengesanan awal, simptom kabur juga perlu dinilai dengan teliti. Simptom-simptom kanser ovari termasuk:
- Kembung pada abdomen atau penuh
- Sakit pinggang atau abdomen bawah
- Pendarahan faraj (selepas putus haid)
- Lelehan faraj yang tidak normal
- Membuang air kecil dengan kerap atau segera
- Perubahan dalam tabiat membuang air besat (sembelit atau cirit-birit)
- Hilang selera makan
Rujuk doktor anda jika anda mempunyai mana-mana simptom yang dinyatakan.
Mengurangkan risiko perkembangan kanser ovari
Tiada cara yang pasti untuk mencegah kanser ovari. Namun, perkara berikut mungkin dapat mengurangkan risiko mendapat kanser ovari.
- Penggunaan gabungan pil pencegah kehamilan
- Mempunyai anak
- Menyusukan anak
- Pengikatan tiub atau histerektomi
Buat janji temu di Hospital Gleneagles
Pengesanan awal kanser ovari menjadikan perawatan penyakit lebih berkesan dengan rawatan yang sesuai. Pasukan profesional penjagaan kesihatan yang penyayang dan pelbagai disiplin tersedia untuk berunding dan memberikan penjagaan yang terbaik.
Hubungi kami untuk membuat janji temu dengan pakar Onkologi di Hospital Gleneagles hari ini.