Topics
Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan demam denggi merupakan dua penyakit yang boleh menyebabkan simptom yang lebih kurang sama seperti keletihan, sakit kepala, demam dan loya atau muntah.
Sebahagian besar ILI adalah disebabkan oleh virus yang menjejaskan sistem pernafasan, manakala demam denggi adalah disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh nyamuk.
Simptom-simptom Penyakit Seperti Influenza (ILI) Berbanding Demam Denggi
Dengan memahami perbezaan antara simptom-simptom berikut, kita akan dapat menerima rawatan yang bersesuian dan mengambil langkah pencegahan terhadap kedua-dua penyakit tersebut.
Simptom-simptom Penyakit Seperti Influenza (ILI) | Simptom Demam Denggi |
Simptom mungkin muncul dalam masa 2-14 hari selepas terdedah kepada virus:
| Anda patut berwaspada jika:
Jika anda mengalami mana-mana tanda amaran denggi berdarah seperti berikut, dapatkan rawatan perubatan dengan segera:
|
Langkah Pencegahan ILI dan Demam Denggi
Mencegah penyakit seperti influenza
- Dapatkan vaksin terhadap selesema. Dapatkan suntikan selesema tahunan anda.
- Elakkan kontak rapat dengan sesiapa yang menunjukkan simptom selesama.
- Basuh tangan anda dengan kerap menggunakan sabun dan air atau gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol.
- Jauhkan diri anda daripada orang lain apabila berada di ruang awam yang tertutup.
- Elakkan orang ramai dan tempat tertutup yang mempunyai pengudaraan yang kurang baik.
- Pakai pelitup muka apabila anda berada di tempat dengan orang yang ramai.
- Tutup mulut dan hidung anda dengan tisu apabila anda batuk atau bersin. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda.
Mencegah demam denggi
- Bersihkan bekas yang mungkin terkumpul air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk dengan kerap.
- Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang jika anda berada di luar rumah untuk mengurangkan risiko gigitan nyamuk.
- Guna ubat penghalau nyamuk atau produk yang mengandungi serai wangi.
- Pastikan pintu dan tingkap anda tertutup apabila boleh atau gunakan bidai atau skrin untuk menghalang nyamuk daripada masuk.
Buat Janji Temu di Hospital Gleneagles
Jika anda mengalami sebarang jangkitan virus sistem pernafasan atau denggi, sila dapatkan rawatan perubatan segera di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di Hospital Gleneagles terdekat dengan anda.