Pembedahan Kardiotoraks
Perkhidmatan ini melibatkan rawatan surgeri oleh pakar bedah bagi penyakit yang menjejaskan organ dalam toraks (dada), yang merangkumi penyakit dan masalah lain berkaitan jantung dan paru-paru. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada pembedahan
pintasan jantung dan surgeri jantung terbuka.
Hospital Gleneagles menggunakan peralatan yang canggih, dan perkhidmatan pasukan berbilang disiplin yang merangkumi pakar bedah, ahli kardiologi, jururawat dan pakar penjagaan susulan, untuk menyediakan penjagaan perubatan yang profesional dan berpengalaman.
Kebanyakan pesakit jantung mendapat penyakit arteri koronari dalam umur pertengahan empat puluhan disebabkan gaya hidup yang kurang sihat, diet yang buruk, merokok dan diabetes serta iklim tropika yang panas.
Pembedahan kardiotoraks
adalah surgeri perubatan yang terkini, dengan pendekatan rapi dan teliti dalam mendiagnosis dan merawat – setiap pesakit akan dibekalkan dengan perhatian profesional terbaik daripada pasukan ahli perubatan profesional mereka sendiri.
Jenis perkhidmatan lain
- Graf pintasan arteri koronari termasuk pemvaskularan semula arteri, pembedahan jantung berdenyut dan penanggalan saluran endoskopik
- Pembaikan dan penggantian injap jantung
- Pembaikan kecacatan jantung kongenital dalam kanak-kanak dan orang dewasa
- Aneurisme aorta rumit yang memerlukan penggantian aorta menaik dan injap aorta, serta implan semula bagi arteri koronari
- Pembedahan untuk tumor jantung
- Pembedahan untuk penyakit pada perikardium – perikardiektomi, penyaliran, jendela perikardium, eksisi sista dan tumor perikardium
- Pembedahan paru-paru – surgeri torakoskopi dibantu video (VATS), bronkoskopi, lobektomi, pneumonektomi, tumor, abses paru-paru, dan biopsi paru-paru
- Pembedahan untuk penyakit pleura - dekortikasi, biopsi
- Pembedahan untuk penyakit mediastinum - mediastinoskopi, eksisi tumor mediastinum, timektomi, goiter retrosternum
- Simpatektomi invasif minimum
- Pembedahan rekonstruksi dinding dada