Perkhidmatan Kardiologi di Medini Johor
Kardiologi adalah pengkhususan perubatan dalam masalah jantung, termasuk mendiagnosis dan merawat kecacatan jantung kongenital serta penyakit berkaitan jantung yang lain. Pakar kardiologi adalah doktor yang mempunyai pengkhususan dalam bidang perubatan ini.
Pasukan penjagaan
Kami juga memiliki pasukan doktor dan jururawat khusus yang berempati dan terlatih untuk membantu menyediakan penjagaan pemulihan yang menyeluruh bagi semua pesakit, dalam memastikan hasil yang memuaskan bagi setiap pembedahan kardiologi yang berlainan.
Penilaian dan Alat-alat Diagnostik
Jabatan pakar kardiologi kami menyediakan pesakit kami dengan akses kepada berbagai alat penilaian dan diagnostik kardiovaskular. Ahli kardiologi kami menggunakan Elektrokardiogram (EKG) dan berbilang ujian stres lain untuk menentukan berbagai jenis masalah jantung dan saluran darah.
Ekokardiogram menunjukkan saiz jantung dan fungsi-fungsinya sementara ultrabunyi membantu menilaikan aliran darah ke bahagian badan. Bagi masalah penyempitan arteri, pakar kami menggunakan katerisasi jantung untuk menentukan kawasan masalah dengan tepat. Kami juga menyediakan berbilang prosedur terapeutik bagi memulihkan aliran darah dalam arteri melalui kaedah seperti angioplasti (meluaskan saluran darah), aterektomi (membuang plak daripada arteri) dan peletakan stent atau belon dalam arteri.
Bergantung pada keperluan individu pesakit, jabatan kami turut menyediakan implantasi perentak jantung dan defibrilator untuk memperbaiki fungsi jantung dan menormalkan rentak jantung. Pakar bedah vaskular kami menyediakan rawatan vaskular yang menyeluruh untuk berbagai masalah dan penyakit vaskular periferi seperti arteri tersumbat, aneurisme dan strok.
Perkhidmatan Kardiologi
- Elektrofisiologi jantung - mengkaji denyutan dan rentak jantung
- Ekokardiografi - menggunakan teknologi ultrabunyi untuk mengkaji struktur dan fungsi mekanikal serta otot bagi jantung
- Kardiologi intervensi - rawatan invasif minimum bagi masalah struktur, koronari dan vaskular melalui penggunaan kateter kecil, stent dan peranti mekanikal
- Kardiologi nuklear - mengkaji aliran darah miokardium dan kontraksi jantung semasa berehat dan semasa bersenam melalui kaedah pengimejan radioaktif
Pembedahan Kardiotoraks
Ahli kardiologi bekerja rapat dengan pakar bedah kardiotoraks kami, dan dilatih untuk menjalankan berbagai prosedur pada paru-paru, dinding dada, diafragma dan jantung. Pengkhususan ini dikhaskan bagi rawatan penyakit, trauma dan kecacatan kongenital atau perolehan pada jantung dan salurannya.
Antara penyakit yang dirawat menggunakan prosedur kardiotoraks adalah arteri koronari tersumbat, gangguan valvular, aneurisme, dan kecacatan jantung kongenital seperti prolaps injap mitral.
Pasukan pengkhususan kami merangkumi pakar bedah kardiotoraks, ahli kardiologi, pakar rawatan rapi dan pakar anestesia, yang terlatih untuk memastikan setiap pesakit di Gleneagles menerima penjagaan yang berkualiti tinggi.