Farmasi
Jabatan Farmasi kami menyediakan perkhidmatan farmaseutikal yang menyeluruh untuk memenuhi keperluan hospital. Jabatan ini merangkumi Farmasi Pesakit Hospital, Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Satellite di Jabatan A&E, Farmasi Onkologi, Farmasi Runcit, Patio dan O’Briens.
Objektif jabatan adalah "Untuk Mengoptimumkan Penjagaan Farmaseutikal bagi semua Pesakit di Gleneagles Johor", dengan memastikan kualiti produk kami di samping kecemerlangan Ahli Farmasi dan Penolong Ahli Farmasi kami yang berkelayakan dan terlatih.
Farmasi Pesakit Hospital kami membekalkan perubatan bagi pesakit di hospital serta wad-wad. Kakitangan farmasi akan memeriksa preskripsi pesakit untuk memastikan ketepatan dan kesesuaian rawatan semasa mendispens ubat dan sebelum pemberian perubatan. Setelah dibenarkan keluar, pesakit akan diberi nasihat tentang perubatan mereka sebelum mereka meninggalkan hospital.
Farmasi Pesakit Luar kami terletak di dalam Farmasi Runcit di tingkat bawah Bangunan Utama. Preskripsi daripada doktor di hospital mahupun doktor luar boleh diterima di sini. Berbagai jenis perubatan boleh didapati di Farmasi Pesakit Luar termasuk ubat-ubatan terhad dan terkawal, selain penyediaan ubat yang disesuaikan.
Farmasi Runcit kami terletak di tingkat bawah Bangunan Utama, dan menawarkan berbagai jenis produk termasuk barang jagaan diri, kelengkapan dandanan diri, penjagaan kulit dan kesihatan, kosmetik, buku pendidikan kesihatan, produk bayi, bantuan kesihatan dan barang keperluan biasa.
Waktu Operasi Farmasi:
Isnin – Jumaat: 9 pg – 6 ptg
Sabtu: 9 pg – 3 ptg
Tutup pada Ahad & Cuti Umum
Selepas waktu operasi, perkhidmatan farmasi boleh didapati di Farmasi Satellite yang terletak di Jabatan A&E. Fungsi utama di sini adalah untuk mendispens preskripsi bagi jabatan A&E, menyediakan nasihat bagi perubatan yang dikeluarkan, selain perkhidmatan farmasi terpilih bagi pesakit.