Bariatric Surgery for Weight Loss | Gleneagles Hospitals

Pembedahan Bariatrik

Pembedahan bariatrik boleh mengubah kehidupan seseorang – khususnya jika dilakukan untuk menangani isu obesiti yang sudah lama. Namun, ia bukannya penawar yang ajaib kerana pesakit perlu mengubah gaya hidup mereka bagi membantu mengekalkan penyusutan berat mereka. Enam hingga dua belas bulan selepas prosedur adalah waktu paling penting di mana pesakit perlu menyesuaikan diri dengan pengambilan kalori baharu mereka dan mengekalkan mahupun menambahkan penyusutan berat mereka. Pesakit juga perlu mengamalkan rutin senaman bagi menggalakkan keberkesanan pembedahan ini.

Jenis Pembedahan Bariatrik

1
Gastrektomi Kantung Perut

Pembedahan gastrik kantung perut atau gastrektomi separa, mengurangkan saiz perut kepada kira-kira 25% daripada saiz asalnya. Perut yang lebih kecil akan mengurangkan selera dan memuaskan (rasa kenyang) lebih cepat bagi memastikan penyusutan berat yang stabil. Pembedahan ini hanya dijalankan pada perut; usus tidak akan disentuh.

Prosedur ini memerlukan dua pertiga perut dikeluarkan untuk menjadikannya seperti tiub yang panjang atau lengan baju, dan bukannya seperti kantung. Tiub perut yang lebih kecil dibiarkan bersambung kepada usus bagi memastikan proses pencernaan yang biasa dan penyerapan nutrien yang betul.

Pembedahan gastrik kantung perut boleh dijalankan sebagai prosedur tersendiri, atau sebagai peringkat pertama dalam prosedur pintasan perut, dan biasanya mempunyai lebih sedikit komplikasi berbanding pembedahan pintasan gastrik.

Manfaat Pembedahan Bariatrik

  • Mengurangkan pengambilan makanan
  • Meningkatkan paras tenaga
  • Memperbaiki keadaan fizikal dan gaya hidup
  • Menambahkan harga diri dan nilai diri
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit yang mengancam nyawa

Pasukan Bariatrik Berbilang Disiplin

Pasukan pakar Bariatrik di Hospital Gleneagles termasuk:

  • Penyelaras jururawat bariatrik
  • Pakar perubatan dalaman
  • Pakar endokrinologi
  • Pakar bedah laparoskopik
  • Pakar diet
  • Jurufisioterapi
  • Ahli psikologi
  • Pakar anestesia
  • Ahli gastroenterologi
  • Pendidik diabetes
  • Juruterapi kardiopulmonari
  • Ahli farmasi

Kontak darurat
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Gawat Darurat
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Gawat Darurat
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Gawat Darurat
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Gawat Darurat
+607 560 1111
Pilih Rumah Sakit