Pusat Pengurusan Berat Badan
Obesiti adalah penyakit kronik dan kini merupakan salah satu masalah kesihatan yang serius dalam era moden ini. Ia berlaku apabila jumlah lemak yang tidak normal atau berlebihan berkumpul dalam badan sehingga membawa risiko kepada kesihatan. Obesiti adalah
faktor risiko utama bagi beberapa penyakit kronik termasuk diabetes, penyakit kardiovaskular dan kanser. Di Hospital Gleneagles Pulau Pinang, pasukan pengurusan berat badan berbilang disiplin kami sedia membantu pesakit mengambil langkah-langkah praktikal
bagi mencapai penurunan berat badan yang berkekalan dan sihat.
Pasukan Pengurusan Berat Badan Berbilang Disiplin
Di Hospital Gleneagles Pulau Pinang, pesakit kami akan disokong oleh pasukan penjagaan kesihatan profesional berbilang disiplin. Setiap ahli pasukan - doktor, pakar diet, ahli farmasi, jurufisioterapi juruterapi tingkah laku, dan jururawat, memiliki kemahiran
masing-masing untuk memastikan kejayaan dan kesejahteraan pesakit sepanjang proses penurunan berat badan mereka.
Doktor yang mengetuai pasukan pengurusan berat badan mula-mulanya, akan mengenal pasti dan menangani isu-isu perubatan yang boleh menjejaskan penurunan berat badan pesakit. Doktor akan memeriksa berat badan, nutrisi, dan aktiviti fizikal pesakit semasa
lawatan perubatan rutin. Doktor kemudiannya akan berbincang dengan pesakit untuk memilih pilihan terbaik yang sesuai dengan keperluan serta matlamat mereka.
Pakar diet akan membantu pesakit untuk kurangkan makan, dan menambahkan makanan yang lebih sihat ke dalam diet mereka. Mereka akan memberikan arahan kritikal untuk membimbing pesakit dan memastikan mereka mematuhi perubahan diet yang diperlukan untuk
menyokong pelan rawatan. Pakar diet akan menjalankan penilaian nutrisi penting sebelum dan selepas prosedur penurunan berat badan untuk memastikan pesakit mendapatkan hasil klinikal yang optimum.
Perubatan untuk menurunkan berat badan adalah salah satu intervensi terawal dalam merawat obesiti, dan ia boleh diambil melalui mulut atau disuntik. Selain penting untuk merawat obesiti, perubatan juga memainkan peranan penting dalam pelan rawatan selepas
pembedahan bariatrik. Ahli farmasi akan menyemak pelan perubatan pesakit, membincangkan sebarang perubahan dalam aturan dan menjawab apa-apa soalan tentang ubat yang dipreskripsikan.
Terapi fizikal adalah komponen penting dalam penurunan berat badan. Jurufisioterapi akan menjalankan penilaian fizikal dan membantu menghasilkan program senaman yang khusus untuk pesakit. Mereka juga akan mengajar cara-cara praktikal untuk menggabungkan
aktiviti fizikal ke dalam hidup seharian pesakit.
Selain kesihatan fizikal, pesakit juga mesti bertekad untuk terus mengekalkan perubahan diet dan senaman dalam jangka lama. Juruterapi tingkah laku boleh memberikan sokongan mental dan struktur untuk membantu pesakit menangani halangan yang boleh menghindar
kemajuan penurunan berat badan mereka.
Pengurus kes adalah hubungan utama bagi pesakit dan penghubung bagi komunikasi antara ahli-ahli pasukan. Mereka memegang kedudukan unik untuk mendidik pesakit, membuat mereka rasa selesa dan diterima, dan mengumpulkan maklumat untuk membentuk strategi
rawatan yang optimum.
Dalam penjagaan klinikal, jururawat bariatrik memainkan peranan penting dalam pengalaman pesakit. Sebagai salah satu hubungan awal, jururawat bariatrik berperanan penting untuk menambahkan keselesaan pesakit dan menyokong mereka untuk terus berusaha menurunkan
berat badan. Jururawat bariatrik menjaga semua aspek klinikal dalam susulan klinik pesakit, prosedur penjagaan harian, dan pengurusan wad semasa kemasukan pesakit.
Rawatan Kami dan Pembedahan Menurunkan Berat Badan
Di Hospital Gleneagles Pulau Pinang, pesakit boleh memilih daripada pelbagai pilihan rawatan yang akan disesuaikan dengan keperluan mereka. Bergantung pada matlamat dan kesihatan fizikal pesakit, pembedahan bariatrik mungkin akan dicadangkan. Pembedahan
bariatrik adalah pembedahan untuk membantu menurunkan berat badan dengan mengubah sistem pencernaan melalui pengecilan perut ataupun pemintasan sebahagian daripada usus kecil. Untuk layak menjalani pembedahan, anda perlu berunding dengan pasukan penurunan
berat badan berbilang disiplin kami.
Hospital Gleneagles Pulau Pinang menempatkan 10 teater pembedahan, yang termasuk 2 teater operasi digital terkini yang disediakan untuk pembedahan laparoskopik.
Berikut adalah beberapa prosedur bariatrik yang ditawarkan di Hospital Gleneagles Pulau Pinang:
1. Gastrektomi Kantung Laparoskopik
Prosedur gastrektomi kantung laparoskopik mengeluarkan pinggir luar perut untuk mengurangkan ruang makanan, dengan meninggalkan kantung perut dalam saiz dan bentuk seperti buah pisang (kira-kira 25%), dan pilorus, iaitu otot yang mengawal pembuangan
makanan daripada perut ke dalam usus. Gastrektomi kantung ini akan mengecilkan saiz perut, mengurangkan jumlah makanan yang boleh dimakan oleh pesakit dan membantu mengenyangkan pesakit lebih cepat. Pembedahan ini juga akan mendorong perubahan hormon
yang dapat menahan kelaparan.
2. Pintasan Gastrik Roux-en-Y Laparoskopik
“Pintasan gastrik Roux-en-Y" Laparoskopik (LRYGB) dianggap sebagai "standard emas" dalam pembedahan menurunkan berat badan. Prosedur ini akan menghasilkan kantung perut kecil dengan memintas sebahagian daripada usus kecil, untuk menyekat kemasukan
makanan dan mengurangkan penyerapan makanan.
3. Belon Intragastrik
Belon intragastrik adalah kaedah di mana peranti penurunan berat badan invasif minimum dimasukkan ke dalam perut pesakit. Ia mendorong penurunan berat badan dengan mengurangkan jumlah yang boleh dimakan dan mengenyangkan pesakit lebih cepat. Prosedur
belon intragastrik boleh dipilih jika diet dan senaman tidak berjaya sebelum ini dan tiada pilihan untuk pembedahan. Ia akan diletakkan di dalam perut melalui prosedur endoskopi, yang memerlukan anestesia.
‘Belon boleh telan’ baharu– belon intragastrik Elipse adalah pilihan inovatif untuk menurunkan berat badan tanpa memerlukan pembedahan, endoskopi mahupun anestesia. Dilancarkan di Malaysia pada Mei 2020, prosedur belon intragastrik Elipse
yang pertama di Malaysia dan di Rantau Asia Pasifik telah dijalankan oleh Dr. Kirubakaran Malapan dan pasukan perubatannya di Hospital Gleneagles Pulau Pinang.
Ringkasnya, obesiti adalah penyakit kronik yang progresif dan mengancam nyawa.
Menurunkan berat badan dan mengubah gaya hidup akan menghasilkan manfaat kesihatan yang ketara. Dengan bantuan pasukan berbilang disiplin kami dan komitmen berterusan daripada pesakit, proses penurunan berat badan ini juga akan menghasilkan individu yang
lebih sihat.
Pemacu Kami untuk Kecemerlangan Klinikal
Pada Januari 2020, Pusat Pengurusan Berat kami telah dianugerahkan keahlian oleh International Excellence Federation for Bariatric & Metabolic Surgery (IEF) yang berprestij, sebagai bukti kecemerlangan klinikal pusat ini.