Pusat Ortopedik
Pernahkah anda mengalami rasa pedih atau sakit yang berdenyut di bahagian bawah belakang anda? Pernahkah anda mengalami ligamen terkoyak, atau patah tulang ketika giat bermain sukan? Apabila situasi perubatan seperti ini berlaku, anda memerlukan bantuan pakar ortopedik. Berpengalaman dan terlatih dalam rawatan penyakit dan kecederaan rangka otot – daripada sakit bahu biasa kepada buku lali terkehel, fraktur tangan dan kaki, cakera teranjak dan ligamen terkoyak – Gleneagles Hospital Penang mengambil pendekatan yang holistik untuk memulihkan kecederaan ortopedik anda.
Apakah itu Ortopedik?
Sistem rangka otot anda yang rumit dan saling berkaitan adalah penting untuk kesihatan anda kerana ia membantu anda menjalani kehidupan yang aktif. Kehidupan yang membolehkan anda bebas bekerja, bergerak, bermain dan menjadi aktif. Ortopedik merangkumi berbagai disiplin perubatan yang meliputi berbilang bidang, dan ia tertumpu pada rawatan trauma major dan trauma minor, kecederaan dan penyakit yang menjejaskan otot, tulang, saraf, sendi serta ligamen anda.
Pendekatan Kami terhadap Ortopedik
Gleneagles Hospital Penang komited untuk membantu memulihkan kecederaan dan penyakit anda dan mereka yang tersayang sepenuhnya, dengan mengambil pendekatan yang holistik untuk merawat masalah rangka otot anda. Sebagai salah satu institusi penjagaan kesihatan pengkhususan ortopedik yang terkemuka di Malaysia, kami memiliki kearifan dan kepakaran untuk menyokong setiap pesakit melalui proses konsultasi dan rawatan mereka.
Pemulihan penyakit dan kecederaan rangka otot akan mengambil masa jadi, penjagaan kami dilanjutkan di luar hospital juga. Pakar kami akan mencadangkan rawatan pemulihan yang sesuai termasuk fisioterapi untuk membantu mengembalikan kegunaan anggota dan badan anda.
Rawatan dan Perkhidmatan Ortopedik
Pasukan ortopedik Gleneagles merangkumi pakar bedah yang berpengalaman dengan pengkhususan khas yang meliputi aspek sistem rangka otot umum dan khusus. Semua pakar kami mampu menyediakan rawatan umum, dan kami turut menawarkan perkhidmatan pakar bedah dengan pengkhususan dalam bidang-bidang seperti pediatrik (kanak-kanak dan bayi), geriatrik (berumur), trauma atau kecederaan sukan. Pakar-pakar kami turut berkemahiran dalam pengkhususan bahagian badan yang berlainan seperti tangan dan pergelangan tangan, spina, pinggul, atau lutut.
Bidang Pengkhususan Utama
Pembedahan Trauma Am & Lanjutan
- Pembetulan fraktur melalui pembedahan invasif minimum
- Rekonstruksi tisu lembut
Pembedahan Tangan & Mikrosurgeri Rekonstruksi
Masalah Tangan Umum
- Sindrom terowong karpus
- Sindrom terowong kubital
- Jari picu
- Tenosinovitis De Quervain
- Sista ganglion
- Jangkitan Tangan
Artritis Tangan dan Pergelangan Tangan
- Tumor tangan
- Trauma & Gangguan Pergelangan Tangan
- Sakit pergelangan tangan akut dan kronik
- Fraktur radial distal
- Fraktur tulang karpus termasuk fraktur skafoid
- Ketakstabilan pergelangan tangan
Pembedahan Tangan & Pergelangan Tangan Invasif Minimum
- Artroskopi pergelangan tangan
- Pelepasan terowong karpus endoskopik
Trauma Tangan
- Penyambungan semula jari atau tangan terputus
- Kecederaan hujung jari
- Kecederaan tendon, saraf dan sendi
- Fraktur tangan
Anomali Tangan Kongenital
Rekonstruksi Anggota Atas
- Lumpuh anggota atas seperti kecederaan pleksus brakial, strok
- Rekonstruksi mikrosurgeri bagi anggota atas seperti pembedahan lipatan, pemindahan jari kaki
- Pembedahan penggantian sendi jari tangan
Pembedahan Rekonstruksi
- Pembedahan penggantian sendi, termasuk pinggul dan lutut
- Penggantian sendi puliharaan tulang seperti penggantian permukaan
- Pembedahan membetulkan kecacatan
- Penggantian sendi dengan augmentasi tulang
Pembedahan Sukan
- Rekonstruksi artroskopik bagi ligamen krusiat depan dan belakang
- Pembaikan meniskus artroskopik
- Rawatan sel induk
- Pembaikan rawan
- Rekonstruksi bahu artroskopik
- Pembedahan artroskopik bagi buku lali, pergelangan tangan dan siku
Pakar Ortopedik Kami
Sebagai pusat ortopedik terkemuka di Malaysia Utara, Gleneagles Hospital Penang dilengkapi pasukan pakar ortopedik berpengalaman dan berbilang disiplin yang terbesar di Pulau Pinang. Pakar-pakar kami dibantu oleh pasukan jururawat khusus yang berpengalaman dan terlatih untuk menguruskan berbagai kecederaan dan trauma.
Pasukan pakar ortopedik kami berpengalaman luas dalam menangani berbagai masalah rangka otot. Ini merangkumi penggantian lutut atau pinggul, pembaikan ligamen dan sendi koyak, selain prosedur ortopedik invasif minimum atau tidak invasif. Setiap prosedur di Gleneagles Pulau Pinang menggunakan teknologi yang terkini untuk memastikan kami dapat merawat setiap tulang, ligamen, sendi dan otot dalam badan anda.
Di samping itu, kami turut menyediakan dua bilik pembedahan digital (OR1™) untuk menjalankan prosedur invasif minimum.
Pakar-pakar bedah yang bekerja dalam persekitaran digital dapat meningkatkan kecekapan dan kawalan dalam bilik pembedahan, untuk membolehkan mereka menjaga pesakit dengan lebih baik. Sensor terkini yang digunakan dalam prosedur seperti ini berfungsi untuk meningkatkan kecekapan pakar bedah sambil mengurangkan tahap invasif bagi pesakit.
Bagi pesakit, manfaat daripada penggunaan peralatan digital adalah lebih kefleksibelan – instrumen atau peralatan tersebut boleh dibawa kepada pesakit dan bukan sebaliknya.
Peralatan Kami
Gleneagles Hospital Penang menggunakan peralatan diagnosis dan rawatan yang moden bagi memastikan rawatan ortopedik yang terbaik untuk anda. Kami menggunakan kaedah dan teknik yang berlainan untuk menjalankan surgeri dan prosedur yang berikut:
Rawatan artroskopik – Kamera dan peralatan khas digunakan untuk mengenal pasti, mendiagnosis dan merawat masalah ortopedik dalam sendi-sendi anda.Cantuman – Rekonstruksi tulang patah dengan menggabungkan peranti dalaman seperti rod logam dengan graf tulang.Pengikatan Dalaman – Menggunakan plat logam, skru dan pin untuk mencantumkan kepingan tulang patah bagi membantu pemulihan.Penggantian Sendi – Menggunakan sendi tiruan (dipanggil prostesis) untuk menggantikan sendi yang rosak.Osteotomi – Memotong dan meletak semula tisu-tisu tulang untuk membetulkan kecacatan.Pembaikan tisu lembut – Membaiki tisu rangka otot yang lembut seperti ligamen atau tendon yang koyak.