Gleneagles Hospital Penang
Health Hub
Artikel
Vaksin COVID-19 Untuk Pesakit Rheumatologi

Vaksin COVID-19 Untuk Pesakit Rheumatologi

COVID-19 Vaccine for Rheumatology Patients

Vaksin COVID-19 Untuk Pesakit Rheumatologi

Adakah saya perlu mendapat vaksin COVID-19?

YA.

Pesakit yang menghidap penyakit rehumatik dan autoimmune berisiko tinggi untuk mendapat penyakit COVID-19 yang teruk berbanding dengan orang ramai.

 

Adakah sesuatu vaksin ada kelebihan berbanding vaksin yang lain?

Tidak.

  • Tiada kelebihan satu vaksin berbanding vaksin yang lain melainkan ada alahan kepada komponen yang digunakan dalam vaksin.

  • Semua vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk digunakan di Malaysia adalah selamat dan berkesan.

 

Patutkah saya ambil dos vaksin yang kedua?

Ya.

  • Melainkan ada reaksi alahan yang serius semasa dos vaksin yang pertama diberi.

  • Dos vaksin kedua akan memberi perlindungan jangka masa panjang yang lebih berkesan.

 

Adakah ubatan yang saya ambil akan mempengaruhi keberkesanan vaksin ini?

Mungkin.

Sesetengah ubatan mungkin akan menyebabkan rangsangan tindak balas sistem immun yang kurang berbanding dengan orang yang tidak mengambil ubatan ini.

 

Adakah saya patut berhenti mengambil ubatan sebelum atau selepas mendapat vaksin?

  • JANGAN berhenti mengambil ubatan tanpa nasihat doctor kerana ini boleh memudaratkan penyakit sedia ada.

  • Sila tanya doctor anda jika anda mengambil ubatan ini:

- Methotrexate

- Tofacitinib

- Baricitinib

- Upadacitinib

- Cyclophosphamide

- Rituximab

 

Apakah kesan sampingan dari vaksin ini?

  • Sesetengah orang mungkin akan mengalami kesan sampingan ringan seperti sakit di tempat suntikan, sakit kepala,sakit sendi demam dan penat.

  • Alahan serius jarang berlaku. Sekiranya bimbang, sila tanya doctor anda.

 

Adakah perlu untuk saya terus memakai pelitup muka dan melakukan penjagaan kebersihan serta penjarakan social setelah saya mendapat vaksin?

Ya.

  • Adalah penting untuk kita meneruskan amalan-amalan ini sehingga seramai mungkin penduduk menerima vaksin untuk menghentikan rangkaian jangkitan.

  • Vaksin akan mengambil masa untuk keberkesanan sepenuhnya dan anda hanya akan terlindung dari penyakit setelah jadual vaksin dilaksanakan.