Elektrofisiologi Jantung
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Elektrofisiologi Jantung


Elektrofisiologi jantung ialah bidang menilai sistem elektrik dan aktiviti jantung serta rawatan untuk sebarang denyutan jantung luar biasa (aritmia). Ahli elektrofisiologi ialah pakar kardiologi dengan subpengkhususan dalam elektrofisiologi jantung.

 

Apakah itu Elektrofisiologi Jantung?

Elektrofisiologi jantung ialah bidang menilai sistem elektrik dan aktiviti jantung serta rawatan untuk sebarang denyutan jantung luar biasa (aritmia). Ahli elektrofisiologi ialah pakar kardiologi dengan subpengkhususan dalam elektrofisiologi jantung.

 

Apakah masalah-masalah yang berkaitan dengan Elektrofisiologi Jantung?

  • Bradikardia – Denyutan jantung perlahan yang luar biasa
  • Takikardia – Denyutan jantung pantas yang luar biasa
  • Pemfibrilan atrium – Denyutan jantung tidak teratur yang berpunca dari ruang atas jantung
  • Denyutan ektopik atrial atau ventrikular – Denyutan jantung tambahan yang berpunca dari ruang atas atau bawah jantung
  • Debaran – Sensasi denyutan jantung yang laju, kuat atau tidak teratur

 

Bagaimanakah denyutan jantung luar biasa ini didiagnosis?

  • Elektrokardiogram – Rakaman aktiviti elektrik jantung melalui elektrod yang dipasang pada dada.
  • Ekokardiogram – Penilaian struktur dan fungsi jantung melalui pengimejan ultrabunyi.
  • Monitor Holter 24/48 jam – Rakaman aktiviti elektrik jantung sepanjang tempoh 24 atau 48 jam.
  • Ujian tekanan – Rakaman aktiviti elektrik jantung melalui elektrod yang dipasang pada dada semasa jantung merasai tekanan semasa bersenam.
  • Perakam gelung boleh implan – Rakaman aktiviti elektrik jantung dengan menggunakan sebuah alat kecil yang dimasukkan di bawah kulit dada selama lebih kurang 3 tahun berturut-turut. Alat ini mudah ditanggalkan melalui insisi kecil pada dada.
  • Kajian Elektrofisiologi (EPS) – Ujian invasif dengan memasukkan kateter ke dalam jantung untuk merakam aktiviti elektrik dalam ruang jantung. Teknik ini juga digunakan untuk merawat beberapa penyebab aritmia.

 

Bagaimanakah denyutan jantung luar biasa ini dirawat?

  • Perentak jantung – Alat kecil ini diletakkan di bawah kulit dalam dinding dada untuk merawat denyutan jantung perlahan yang luar biasa.
  • Kardioversi – Renjatan diberikan kepada jantung untuk merawat denyutan jantung pantas yang luar biasa dan memulihkan aktiviti elektrik normal.
  • Ablasi kateter – Kateter dimasukkan ke dalam jantung untuk merawat denyutan jantung luar biasa dengan radiofrekuensi atau tenaga krio. Prosedur ini biasanya dilakukan bersama-sama Kajian Elektrofisiologi (lihat di atas).
  • Pengubatan – Sesetengah denyutan jantung luar biasa boleh dirawat dengan mengambil ubat sahaja.
  • Perubahan gaya hidup – Sesetengah denyutan jantung luar biasa tidak memerlukan rawatan. Hanya perubahan atau pengawasan gaya hidup yang ringkas diperlukan.


Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital