Limfoma adalah kanser darah yang berlaku apabila sel darah putih yang dipanggil limfosit tumbuh di luar kawalan. Oleh kerana limfosit membantu badan untuk melawan jangkitan, limfoma kadangkala dirujuk sebagai kanser sistem imun.
Limfoma bukan Hodgkin agak biasa di Malaysia, kerana ia menduduki tempat kelapan dalam kalangan kes kanser baharu yang didiagnosis pada 2020 dan dikaitkan dengan 4 dalam setiap 100 pesakit yang baru didiagnosis dengan kanser. Jenis limfoma lain, limfoma Hodgkin, ditemukan dalam 5 dalam setiap 1,000 pesakit kanser baharu.
Terdapat lebih daripada 60 jenis yang berbeza, secara amnya dikelaskan kepada dua jenis utama:
Faktor risiko biasa untuk kedua-dua limfoma termasuk lelaki, mempunyai sistem imun yang lemah, dan mempunyai sejarah keluarga limfoma masing-masing.
Faktor risiko lain yang boleh meningkatkan risiko limfoma Hodgkin ialah:
Limfoma bukan Hodgkin mungkin lebih biasa pada individu yang mempunyai faktor berikut:
Simptom yang menunjukkan limfoma Hodgkin adalah:
Sementara itu, simptom umum untuk limfoma bukan Hodgkin mungkin muncul sebagai:
Sesetengah orang dengan limfoma mungkin mengalami simptom B:
Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal yang lengkap, serta ujian darahakan membantu doktor memahami status kesihatan dan penyakit anda.
Ujian lain yang boleh dipesan termasuk:
Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai jenis pemeriksaan dan prosedur diagnostik yang dilakukan untuk mendiagnosis kanser tiriod.
Pertimbangan semasa membuat pelan rawatan termasuk tahap (keluasan) penyakit, jenis, dan lokasi tumor, serta umur dan kesihatan umum seseorang. Kemoterapi kekal sebagai asas dalam rawatan limfoma dan boleh digunakan dalam kombinasi dengan radioterapi atau kaedah rawatan lain.
Berikut adalah rawatan biasa untuk limfoma:
Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai jenis teknologi rawatan untuk merawat limfoma.
Tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko limfoma adalah:
Pada masa ini, tiada ujian saringan yang disyorkan secara meluas untuk limfoma.
Namun, penting untuk memberi perhatian kepada tanda dan simptom yang mungkin, seperti nodus limfa yang diperbesarkan (biasanya di sebelah leher, di ketiak, atau di pangkal paha) atau simptom umum limfoma yang lain. Walaupun ketidakselesaan fizikal mungkin berpunca daripada sesuatu selain limfoma, adalah penting untuk berjumpa doktor, terutamanya jika berterusan atau bertambah teruk.
Jika anda mengalami mana-mana simptom limfoma, hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Haemato-Onkologi kami di Hospital Gleneagles terdekat anda.
Hospital Gleneagles bekerjasama dengan ahli onkologi untuk membantu pesakit sepanjang rawatan kanser. Pasukan profesional penjagaan kesihatan yang prihatin dan pelbagai disiplin sedia untuk berunding dan memberikan penjagaan yang terbaik.
Wait a minute