Pneumonia

Pneumonia

 

Pneumonia berlaku apabila bakteria, virus, fungus atau parasit memasuki paru-paru dan menjangkitinya. Pneumonia boleh menyerang sesiapa sahaja, pada apa jua usia, dan ia lebih kerap dialami oleh golongan berumur (lebih daripada 65 tahun), kanak-kanak kecil, dan individu dengan sistem imun yang lemah. 

Pneumonia mengganggu kelancaran pertukaran udara dalam paru-paru, yang boleh mengurangkan paras oksigen dalam darah, dan menghalang penyingkiran karbon dioksida daripada badan. Keterukan Pneumonia mungkin ringan atau boleh mengancam nyawa, dan ini bergantung pada berbilang faktor.
Punca-punca

Pneumonia boleh menyerang sesiapa sahaja, pada apa jua usia, dan boleh juga dicetuskan oleh jangkitan selesema atau demam flu. Faktor-faktor tertentu boleh meningkatkan risiko mendapat Pneumonia seperti:

  • Individu dengan sistem imun yang lemah disebabkan AIDS atau kancer, juga berisiko tinggi untuk dijangkiti Pneumonia.
  • Pneumonia boleh disebabkan oleh berbagai mikroorganisma termasuk bakteria, virus, fungus, dan parasit.
  • Kanak-kanak paling mudah dijangkiti Pneumonia, di samping golongan berumur, yang mungkin mengalami penyakit kronik seperti Penyakit Paru-paru Obstruktif Kronik, diabetes dan kegagalan jantung kongestif.
  • Pneumonia virus sering menyerang individu yang tinggal di kawasan yang terdapat wabak jangkitan virus pernafasan, termasuk SARS dan influenza.
Simptom-simptom
Simptom yang ditunjukkan oleh pesakit Pneumonia adalah amat berlainan, tetapi ini bergantung pada kesihatan pesakit. Rawatan ini boleh merangkumi:
  • Kulit, bibir, lidah dan hujung jari gelap sedikit kerana kekurangan bekalan oksigen
  • Kesukaran bernafas, dan berdehit
  • Sakit dada semasa bernafas dan batuk
  • Batuk
  • Demam dan sejuk
  • Kahak berwarna hijau atau kuning
Rawatan
Pilihan rawatan bergantung pada punca jangkitan, dan doktor anda akan menilaikan keadaan anda sebelum mencadangkan rawatan yang paling sesuai seperti:
  • Antibiotik untuk merawat Pneumonia bakteria
  • Ubat antivirus untuk merawat Pneumonia virus
  • Penghospital dengan rawatan antibiotik intravena dan bekalan oksigen mungkin diperlukan bagi kes Pneumonia yang teruk
  • Perubatan bagi mengurangkan simptom Pneumonia termasuk batuk, demam, sakit dada dan pedih otot (diberikan bersama dengan antibiotik dan ubat antivirus yang dicadangkan)
  • Pneumonia virus yang ringan boleh dirawat dengan mendapatkan rehat yang mencukupi, diet yang sihat dan minum banyak air
Komplikasi dan Penyakit yang Berkaitan
Disebabkan Pneumonia adalah sejenis jangkitan pernafasan, ia boleh berkembang menjadi berbagai komplikasi lain yang berkaitan seperti:
  • Sindrom sukar bernafas akut jika pneumonia menjejaskan kedua-dua paru-paru, dan mengganggu pertukaran gas
  • Bakteremia (disebabkan bakteria dalam blood)
  • Emfisema (jangkitan salur udara paru-paru)
  • Abses paru-paru
  • Efusi pleura (pengumpulan cecair antara dinding dada dan paru-paru)
  • Kejutan septik boleh mengganggu peredaran dan menyebabkan kegagalan buah pinggang dan darah beku

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital