Percutaneous Transluminal Coronary Angioplasty | Gleneagles Hospitals Malaysia
Health Hub
Perubatan A - Z
Percutaneous Transluminal Coronary Angioplasty

Percutaneous Transluminal Coronary Angioplasty

 

Angioplasti Koronari Translumen Perkutaneus adalah prosedur bukan surgeri yang dijalankan untuk meluaskan arteri koronari (jantung) yang tersumbat disebabkan pengumpulan plak (mendapan lemak). Ini dapat membantu mengalirkan darah secara normal. 

- Semasa prosedur ini, kateter yang fleksibel dengan belon yang kempis pada hujungnya, dimasukkan ke dalam arteri kaki.

- Kateter dihalakan perlahan-lahan ke arah kawasan arteri koronari yang terjejas, dan belon dikembungkan dan dikempiskan beberapa kali untuk menekan plak kepada dinding arteri koronari. 

-Ini akan membuka semula arteri untuk mengalirkan darah secara normal kepada bahagian otot jantung yang disokong oleh arteri tersebut. 

Stent (gegelung logam kecil boleh kembang) mungkin ditanam untuk mengekalkan bukaan arteri, dan mengurangkan risiko sumbatan semula. 

Mengapa anda perlukan Angioplasti Koronari Translumen Perkutaneus? 

Doktor anda mungkin akan menyarankan Angioplasti Koronari Translumen Perkutaneus jika perubatan semasa tidak berkesan, atau perubahan gaya hidup tidak mencukupi untuk mengurangkan sumbatan pada arteri. Bagi simptom yang semakin teruk termasuk sakit dada dan sesak nafas, anda mungkin disarankan menjalani porosedur ini. 

Prosedur ini menunjukkan kadar risiko komplikasi yang rendah, sementara kadar berhasil dianggarkan sebanyak 90%. Prosedur invasif minimum Angioplasti Koronari Translumen Perkutaneus ini tidak memerlukan anestesia umum. Jika berhasil, prosedur Angioplasti ini dapat membantu anda menjalankan rutin harian normal, meningkatkan kemungkinan bertahan hidup, dan melegakan tanda-tanda sakit dada.
Loading...

Wait a minute