Sirosis Hati

Hati kita menjalankan berbagai jenis fungsi penting seperti mengawal metabolisme, sintesis protein, menyimpan vitamin dan besi, menghasilkan cacair hempedu, dan menyingkir toksin daripada badan. Jika ia tidak dapat berfungsi dengan betul, berbagai komplikasi teruk boleh berlaku, yang mungkin juga akan membawa maut.

Apabila hati mengalami kecederaan, sama ada di dalam, atau di luar, sel-selnya yang sihat akan digantikan dengan tisu parut. Jika kecederaan berpanjangan, pembaikan hati akan diteruskan, dan semakin banyak sel-sel sihat akan digantikan dengan tisu parut, yang menyebabkan Sirosis Hati.