Surgeri Pembaikan/Penggantian Injap Jantung

Surgeri Pembaikan/Penggantian Injap Jantung

Dalam jantung anda, terdapat empat injap yang berfungsi sebagai laluan untuk mengalirkan darah antara bahagian spesifik dalam jantung. Kerosakan injap boleh berlaku kerana kecacatan kongenital semasa lahir, atau pada kemudian hari, jika disebabkan oleh jangkitan dan degenerasi. Injap-injap yang terjejas boleh dibaiki dan digantikan melalui Surgeri Injap Jantung. 

Pembaikan injap termasuk membaiki injap yang terjejas tanpa menggunakan bahagian tiruan. Semasa surgeri, jika injap rosak yang dibaiki tidak bertambah baik, pakar bedah anda perlu menggantikan injap tersebut. 

Injap tiruan yang diperbuat daripada plastik atau logam boleh digunakan untuk membaiki injap yang rosak, atau injap bioprostetik yang diperbuat daripada bahan biologi daripada tisu haiwan, atau injap alograf (tisu injap manusia). 

Semasa pembedahan injap jantung, insisi akan dibuat dengan cermat, di tengah-tengah dada untuk mengasingkan tulang dada. Pakar bedah anda akan menentukan jika prosedur ini, atau surgeri lubang kunci yang kurang invasif (membolehkan injap dibaiki melalui insisi kecil) adalah lebih sesuai bagi anda. 

Mengapa anda perlukan Pembedahan Pembaikan/Penggantian Injap Jantung?

Pembedahan Pembaikan/Penggantian Injap Jantung digunakan untuk merawat pesakit dengan Penyakit Injap Jantung. Doktor anda akan menilaikan keadaan injap jantung anda, dan memutuskan keperluan bagi surgeri injap jantung menurut simptom dan keputusan ujian anda. Injap aorta (injap di antara aorta dan ventrikel kiri) mesti dibaiki jika ia mengalami kerosakan. Jika terdapat kekurangan bekalan darah yang beroksigen kepada otot jantung, risiko bagi kegagalan jantung akan meningkat. 

Jika surgeri injap jantung berjaya membaiki kerosakan injap, risiko bagi jangkitan akan menurun, dan pencair darah mungkin tidak diperlukan. Risiko diserang strok turut menurun dan otot jantung anda boleh menyimpan lebih banyak tenaga. Muktamadnya, kemungkinan bertahan hidup bagi anda bertambah baik, berbanding tidak merawat kerosakan injap, yang boleh membawa maut. 
"

Pakar kami

Perubatan Dalaman

Kardiologi Intervensi

Kardiologi

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital