Diabetes

Diabetes

Paras glukosa darah yang tinggi (hiperglisemia) dalam aliran darah menyebabkan Diabetes. Penghidap penyakit kronik ini tidak mempunyai keupayaan badan yang normal untuk menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak responsif terhadap insulin yang terhasil. Hormon insulin membantu melaraskan glukosa dan mengubahnya menjadi tenaga, atau menyimpannya di dalam badan. Ini boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung) seperti tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, dan obesiti.

Diabetes merangkumi tiga jenis biasa:

- Diabetes Jenis 1 bergantung pada insulin, dan ia berlaku apabila tiada insulin dihasilkan.

- Diabetes Jenis 2 tidak bergantung pada insulin, di mana insulin adalah tidak berkesan baginya

- Diabetes Melitus Gestasi (GDM) dialami oleh 2-5 % wanita mengandung yang tidak mengalami Diabetes sebelum ini. Ia sering dikaitkan dengan Diabetes Jenis 2


Punca-punca

 

Diabetes Jenis 1 disebabkan oleh sel-sel yang tidak berfungsi atau yang rosak, dan tidak dapat menghasilkan insulin, yang menyebakan ketiadaan insulin. Ini lebih kerap berlaku semasa alam kanak-kanak, dan suntikan insulin perlu diberikan setiap hari untuk menjalankan rutin normal, dan meningkatkan kemungkinan bertahan hidup.

Diabetes Jenis 2 disebabkan oleh rintangan insulin, di mana ia tidak dapat dihasilkan oleh badan, dan paras insulin adalah rendah. Lama-kelamaan, diabetes jenis ini akan berkembang dan simptom-simptom dapat dilihat selepas umur 40 tahun. Antara faktor-faktor risiko tinggi yang biasa adalah diet yang tidak sihat, tabiat, berat berlebihan, dan sejarah keluarga. 

Diabetes Gestasi dialami oleh 2-5% wanita mengandung yang tidak mempunyai sejarah diabetes. Ini berlaku selepas bersalin, dengan risiko tinggi untuk mengalami Diabetes Jenis 2 pada kemudian hari.

Simptom-simptom

Tanda dan simptom biasa bagi Diabetes termasuk:

- Penglihatan kabur

- Sentiasa lapar

- Terlampau haus, meskipun selepas mengambil banyak cecair

- Sering rasa lesu atau lemah

- Kerap kencing pada waktu siang dan malam

- Kerengsaan dan gatal kulit di kawasan genital

- Tangan dan tapak kaki rasa kebas

- Luka lambat sembuh

- Hilang berat badan meskipun selera makan adalah normal


Rawatan

 

Rawatan bagi Diabetes Jenis 1 memerlukan:

- Paras gula darah diawasi setiap hari

- Insulin disuntik beberapa kali sehari atau penggunaan pam insulin


Rawatan bagi Diaebetes Jenis 2 biasanya memerlukan perubahan gaya hidup termasuk:

- Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang untuk mengelak makanan yang banyak lemak dan kolesterol, makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran 

- Mengelakkan makanan yang bergula

- Bersenam secara kerap

- Mengekalkan berat yang sihat

- Perubatan oral mungkin akan dipreskripsikan oleh doktor anda pada peringkat kemudian penyakit, untuk melaraskan paras glukosa darah
Komplikasi dan Penyakit yang Berkaitan

 

- Jangkitan bakteria dan fungus pada kulit, termasuk jangkitan pada gusi.

- Kekebasan dalam tapak kaki, lepuhan, dan gangren yang mungkin perlu diamputasi bagi keadaan kronik.

- Penyakit berkaitan jantung dan salur darah, seperti penyakit jantung koronari dan serangan jantung.

- Penyakit buah pinggang, yang mungkin memerlukan dialisis dan pemindahan buah pinggang.

- Penyakit saraf seperti kekebasan dan sakit kaki, jari kaki dan jari tangan, yang menyebabkan kehilangan rasa dalam anggota yang terjejas 

- Osteoporosis (tulang menipis dan lemah)

- Kerosakan penglihatan teruk yang menyebabkan katarak, glaukoma, dan akhirnya buta

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital