Topics
Dalam berita terkini, seorang cef selebriti yang terkenal di Malaysia telah disahkan dengan diagnosis limfoma setelah menghadiri konsultasi bersama Dr Jay Suriar, pakar onkologi di Hospital Gleneagles.
Diagnosis ini menjelaskan kepentingan memahami maksud limfoma, simptom awal dan peranan penting diagnosis awal.
Memahami limfoma
Limfoma adalah sejenis kanser yang bermula dalam sistem limfa. Sistem limfa (sebahagian daripada sistem imun anda) merupakan rangkaian yang meluas ke seluruh badan.
Nodus limfa memainkan peranan penting dalam menapis bahan yang dibawa oleh cecair limfa. Nodus limfa juga mengandungi limfosit, sejenis sel darah putih yang membantu melawan jangkitan. Terdapat 2 jenis limfosit yang berbeza: sel T dan sel B. Apabila limfosit mengalami perubahan yang tidak normal, perkara ini boleh menyebabkan perkembangan limfoma.
Jenis-jenis limfoma
Terdapat dua jenis utama limfoma:
-
Limfoma Hodgkin (HL)
Limfoma Hodgkin boleh dikesan dengan kehadiran jenis sel abnormal tertentu yang dipanggil sel Reed-Sternberg di bawah mikroskop.
Sel Reed Sternberg merupakan sejenis sel darah putih yang dipanggil limfosit B yang telah berubah menjadi kanser. Limfosit B biasanya menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan.
-
Limfoma bukan Hodgkin (NHL)
Dalam limfoma bukan Hodgkin, limfosit mula mereplikasi secara tidak normal dan berkumpul pada pelbagai bahagian sistem limfa seperti nodus limfa. Kerentanan anda terhadap jangkitan meningkat apabila limfosit anda kehilangan sifat melawan jangkitan.
Rawatan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis dan gred limfoma. Pastikan untuk berunding dengan pakar onkologi anda untuk maklumat lanjut.
Simptom awal limfoma
Simptom awal limfoma selalunya tidak spesifik dan mungkin menyerupai penyakit biasa. Punca-punca yang biasa merangkumi:
- Nodus limfa bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak atau pangkal paha
- Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan dalam tempoh yang singkat
- Demam tanpa sebab yang jelas
- Gatal-gatal
- Berpeluh malam
- Lesu
- Batuk atau sesak nafas
- Ultrabunyi Abdomen
Bincang dengan doktor sekiranya nodus limfa anda bengkak selama 3 hingga 4 minggu dan tidak berkurangan.
Untuk maklumat lanjut, baca artikel ini: Limfoma: Simptom, Diagnosis, Rawatan
Kepentingan diagnosis awal
Diagnosis awal limfoma, seperti kebanyakan jenis kanser lain, boleh meningkatkan prognosis dan keberkesanan rawatan dengan ketara.
Walaupun anda bimbang tentang sifat simptom, amat penting untuk mendapatkan bantuan perubatan. Kebimbangan anda tidak mungkin hilang melainkan anda mengatur janji temu. Simptom yang ditunjukkan mungkin tiada kaitan dengan kehadiran kanser. Akan tetapi, jika memang adalah kanser, lebih cepat dikesan, lebih tinggi kemungkinan rawatan berjaya.
Pemeriksaan kesihatan yang kerap, kesedaran tentang simptom awal dan perundingan perubatan segera apabila simptom dikesan boleh memudahkan pengesanan dan rawatan yang tepat pada masanya.
Berdasarkan diagnosis selebriti Malaysia itu, kita harus sedar akan kepentingan untuk sentiasa berwaspada tentang kesihatan kita. Kami mendoakannya dan semua orang yang sedang memerangi limfoma.
Marilah kita menggunakan perkara ini sebagai peringatan untuk mengutamakan kesihatan dan menggalakkan orang tersayang untuk melakukan perkara yang sama.
Atur janji temu di Hospital Gleneagles
Ambillah langkah proaktif untuk mengutamakan kesihatan kita. Aturkan masa dan hadiri pemeriksaan kesihatan tahunan untuk memastikan kesejahteraan umum anda. Pemeriksaan kesihatan menyeluruh Hospital Gleneagles boleh menyokong matlamat anda ke arah kehidupan yang sihat.
Di Hospital Gleneagles, kami bekerjasama dengan pasukan pakar onkologi untuk memberikan sokongan komprehensif kepada pesakit yang menjalani rawatan kanser.
Hubungi kami untuk mengatur janji temu hari ini bersama pakar onkologi kami atau ketahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Onkologi di Hospital Gleneagles yang terdekat dengan anda.