Vaksin COVID-19: Dos keempat | Hospital Gleneagles
hd-COVID-19-vaccination-fourth-dose-banner hd-COVID-19-vaccination-fourth-dose-banner
Penjagaan Pencegahan
Penyakit Berjangkit
Penjagaan Pencegahan

Vaksin COVID-19: Dos keempat

19 Oktober 2022 · 10 mins read

Topics





Ketahui jika anda layak mendapatkan dos keempat vaksin COVID-19 (dos penggalak kedua) dan jika ia diwajibkan bagi semua orang dewasa Malaysia.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), dos keempat vaksin COVID-19 adalah disarankan bagi kumpulan individu yang berikut:

  • Orang dewasa berumur 50 tahun dan ke atas
  • Individu berumur 12 tahun dan ke atas yang mengalami terimunokompromi sederhana atau teruk.

Empat dos vaksin COVID-19 bagi orang dewasa terdiri daripada:

  • 2 dos awal vaksin COVID-19
  • 1 dos penggalak vaksin COVID-19
  • Dos penggalak kedua vaksin COVID-19

adalah perkara yang anda perlu tahu tentang dos keempat vaksin COVID-19 di Malaysia.

Adakah rakyat Malaysia akan mendapat dos keempat vaksin COVID-19?

Berdasarkan penemuan tentang kajian saintifik Kumpulan Kerja Teknikal dan kajian kohort Malaysia, individu berumur 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi seperti penyakit paru-paru, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan diabetes adalah berisiko tinggi mengalami gejala yang teruk dan kematian disebabkan COVID-19.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan bahawa orang dewasa berumur lebih 60 tahun boleh mendapatkan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 sekurang-kurangnya 4 bulan selepas dos penggalak pertama.

Kumpulan individu yang berikut layak mendapatkan suntikan penggalak kedua sekurang-kurangnya 6 bulan selepas dos pertama mereka:

  • Barisan hadapan
  • Orang dewasa berumur 18-59 tahun dengan komorbiditi
  • Individu yang sihat berumur 50-59 tahun, jika mereka memilihnya

Remaja berumur 12-17 tahun yang terimunokompromi dan berisiko tinggi mengalami gejala COVID-19 yang teruk layak mendapat dos penggalak pertama sekurang-kurangnya 3 bulan selepas dos terakhir. Mereka juga layak mendapatkan dos penggalak kedua sekurang-kurangnya 4 ke 6 bulan selepas dos pertama.

Adakah vaksin COVID-19 yang keempat diwajibkan dan memberi kesan pada status vaksinasi kami?

Dos keempat vaksin COVID-19 adalah tidak diwajibkan dan tidak akan memberi kesan pada status vaksinasi anda jika anda memilih untuk tidak mendapatkan dos keempat.

Buat janji temu di Hospital Gleneagles

Sila dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut tentang COVID-19 dan vaksin-vaksin COVID-19.

Jika anda mahu membuat janji temu saringan kesihatan, sila hubungi pusat pemeriksaan kesihatan di Hospital Gleneagles yang berdekatan.

Rujukan

  1. https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pick-dos-penggalak/semasa/2022/05/dos-penggalak-covid-19-kedua-untuk-semua-individu-berumur-60-tahun-ke-atas-dan-sewasa-serta-remaja-berisiko-tinggi
  2. https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pick-dos-penggalak/semasa/2022/06/syor-terkini-pemberian-dos-tambahan-dan-dos-penggalak-vaksin-covid-19
  3. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/recommendations/immuno.html
  4. https://www.cdc.gov/vaccines/covid-19/clinical-considerations/interim-considerations-us.html
  5. https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19#

SuggestedArticles