Topics
Tempoh kuarantin bagi kes-kes positif COVID-19
Kes-kes positif COVID-19 perlu menjalani kuarantin selama 7 hari dari hari mereka diuji positif, tanpa mengira status vaksinasi.
Ketahui lebih lanjut tentang perkara yang anda perlu tahu jika anda masih positif COVID-19 selepas 7 hari kuarantin.
![](/images/gleneagleshospitalmalaysialibraries/health-digest/health-digest---covid-19---being-positive-after-7-days-of-quarantine.png?sfvrsn=a88252bc_7)
Kenapa keputusan ujian saya masih positif selepas 7 hari kuarantin?
Bermula 1 Mei 2022, kes-kes positif COVID-19 boleh dilepaskan daripada kuarantin lebih awal jika mereka diuji negatif pada Hari-4 melalui ujian RTK-Ag yang diselia dan bebas gejala.
Selepas individu pulih daripada COVID-19, keputusan ujian boleh menjadi positif kerana virus masih ada dalam badan dalam tahap yang lebih rendah selama 3 bulan selepas penyakit bermula. Virus kompeten replika masih belum disingkirkan daripada pesakit-pesakit ini, dan berkemungkinan besar mudah berjangkit.
Ujian rt-PCR adalah sangat tepat dalam mengesan kehadiran protein virus. Oleh itu, keputusan ujian rt-PCR COVID-19 untuk kebanyakan pesakit yang telah sembuh kekal positif selama 3 bulan.
Adakah pesakit positif COVID-19 masih perlu diasingkan daripada keluarganya selepas 7 hari kuarantin?
Pesakit perlu terus diasingkan jika terdapat gejala seperti
- Batuk
- Selesema
- Demam
- Sakit tekak
Adakah saya masih boleh menjangkiti orang lain selepas 7 hari kuarantin?
Tahap jangkitan akan menjadi rendah selepas 7 hari.
Kes-kes positif COVID-19 dibenarkan menamatkan kuarantin lebih awal jika keputusan ujian RTK-Ag yang diselia pada Hari-4 adalah negatif. Ujian boleh dilakukan di fasiliti kesihatan berdekatan atau secara maya.
Buat janji temu di Hospital Gleneagles
Sila dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut tentang COVID-19 dan vaksin-vaksin COVID-19.
Jika anda mahu membuat janji temu saringan kesihatan, sila hubungi pusat pemeriksaan kesihatan di Hospital Gleneagles yang berdekatan.
Rujukan
- https://covid-19.moh.gov.my/reopeningsafely/semasa/2022/04/prosedur-ujian-dan-pelepasan-untuk-kes-positif-covid-19-mulai-1-mei-2022
- https://covid-19.moh.gov.my/terkini/062020/situasi-terkini-12-jun-2020/Kenyataan%20Akhbar%20KPK%20COVID-19%20(12%20Jun%202020)%20-%20EN.pdf
- https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm/ANNEX-2-Management-of-Suspected-Probable-and-Confirmed-COVID19-23022022.pdf
- https://covidprotocol.moh.gov.my/en/kes-positif/