Perubatan Reproduktif | Gleneagles Hospital Kuala Lumpur

Perubatan Reproduktif

Reproductive Medicine

Perubatan reproduktif merupakan bidang kepakaran yang memberi tumpuan kepada rawatan kesuburan dan kesihatan reproduktif bagi membantu individu serta pasangan merealisasikan impian untuk memiliki zuriat. Di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, kami menawarkan perkhidmatan perubatan reproduktif yang menyeluruh dengan menggabungkan kepakaran klinikal, teknologi kesuburan terkini serta penjagaan yang penuh empati bagi membimbing pesakit sepanjang proses rawatan mereka.

Pasukan pakar perubatan reproduktif dan pakar kesuburan kami berpengalaman dalam merawat pelbagai masalah kesuburan dan kesihatan reproduktif. Dengan pendekatan yang mengutamakan keperluan setiap individu, kami menyediakan pelan rawatan yang disesuaikan mengikut keadaan dan atau keperluan perubatan, gaya hidup serta matlamat setiap pesakit.

Kami merawat pelbagai keadaan kesihatan reproduktif, termasuk:

  • Ketidaksuburan yang berpunca daripada faktor lelaki atau wanita
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
  • Endometriosis
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Keguguran berulang

Perkhidmatan perubatan reproduktif kami merangkumi:

  • Penilaian kesuburan dan ujian diagnostik
  • Induksi ovulasi dan pemantauan kitaran
  • Inseminasi Dalam Rahim (IUI)
  • Persenyawaan In Vitro (IVF)
  • Suntikan Sperma Intracitoplasma (ICSI)
  • Pemeliharaan kesuburan termasuk pembekuan telur (ovum) dan sperma
  • Ujian Genetik Praimplantasi (PGT-A & PGT-M)

Di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, kami memahami bahawa rawatan kesuburan bukan sekadar proses perubatan, malah satu perjalanan yang melibatkan harapan, emosi dan ketabahan. Justeru, kami komited untuk menyediakan sokongan menyeluruh melalui komunikasi yang jelas, penjagaan yang penuh empati serta pelan rawatan yang disesuaikan mengikut keperluan setiap pesakit. Berteraskan kepakaran klinikal, teknologi kesuburan moden dan penjagaan yang berpusatkan pesakit, kami komited untuk membantu anda melangkah dengan yakin ke arah merealisasikan impian membina sebuah keluarga.

Pengkhususan Kami

loading-icon
Muat lagi
Loading...

Wait a minute

Image Popup
Loading...

Wait a minute

Image Popup