MIS telah mengubah dunia pembedahan dan membawa lebih banyak manfaat kepada pesakit. MIS dijalankan menerusi Pembedahan Am, dan meliputi skop pengkhususan yang menyeluruh seperti Ginekologi, Ortopedik dan Urologi. Instrumen dan kaedah
prosedur adalah berlainan, tetapi teknologi terkini yang digunakan memastikan kerosakan minimum pada struktur dan hasil yang sama dengan hasil surgeri terbuka. Antara prosedur MIS yang biasa dijalankan adalah Laparoskopi dalam Pembedahan
Am dan Artroskopi dalam Ortopedik. Prosedur ini turut dirujuk sebagai Surgeri Lubang Kunci.
Semasa MIS dijalankan, kamera kecil (endoskop, laparoskop atau artroskop) akan dilekatkan pada tiub nipis panjang, dan dimasukkan menerusi salah satu insisi kecil. Imej yang dipancarkan pada monitor memberi pakar bedah pandangan besar
kawasan surgeri. Di bawah pengendalian pakar MIS, alat-alat surgeri yang canggih akan dimasukkan ke dalam badan menerusi insisi kecil berukuran kira-kira 0.5–1.5 cm, dan menggunakan bantuan kamera, rawatan dapat dijalankan tanpa
merosakkan tisu-tisu dengan teruk.
MIS menawarkan berbagai manfaat yang tidak boleh diperolehi melalui prosedur pembedahan konvensional, termasuk mengurangkan kesakitan dan mencepatkan pemulihan selepas surgeri.
MIS berbanding Kaedah Tradisional (Surgeri Terbuka)
Di bawah skop Pembedahan Am, di mana Pembedahan Invasif Minimum semakin kerap dijalankan untuk memperbaiki penjagaan dan rawatan pesakit, Laparoskopi adalah salah satu prosedur pembedahan yang paling kerap digunakan di hospital-hospital
sedunia.
Dalam proses Laparoskopi, instrumen pembedahan dan kamera akan dimasukkan ke dalam badan melalui satu atau beberapa insisi halus. Di sini, pemeriksaan abdomen dan pelvis akan dijalankan menggunakan laparoskop, iaitu tiub yang disambungkan
kepada kamera kecil dan monitor. Prosedur ini dijalankan secara meluas dalam berbilang bidang, seperti proses mengeluarkan apendiks dan pundi hempedu, selain merawat kanser kolon dan kanser perut. Laparoskopi dapat memendekkan
penginapan di hospital dengan meredakan trauma kepada badan, dan mengurangkan kesakitan serta masa pemulihan.
Pakar bedah ortopedik mula memperkenalkan proses Pembedahan Invasif Minimum pada 1970-an. Sejak itu, pembedahan Artroskopik, iaitu prosedur untuk merawat masalah dan gangguan sendi melalui insisi yang kecil, telah menjadi amalan standard
dalam pembedahan ortopedik.
Penggunaan instrumen terkini telah membantu memperbaharui cara Artroskopi merawat lutut, bahu, pinggul, siku, buku lali dan pergelangan tangan. Sama ada anda memerlukan rawatan rawan atau ligamen, insisi Artroskopik akan dibataskan
ke kawasan masalah spesifik bagi mengurangkan kerosakan tisu, dan bengkak serta kejang sendi yang dialami selepas pembedahan terbuka.
Instrumen utama bagi prosedur ini adalah artroskop, iaitu kamera fibro optik yang dimasukkan ke dalam sendi melalui insisi yang halus, untuk membolehkan pakar melihat dalaman sendi dalam pandangan yang dibesarkan, melalui sebuah monitor
– inilah kelebihan Artroskopi berbanding surgeri ortopedik konvensional. Dengan teknik invasif minimum Artroskopi, pesakit dengan kecederaan sukan atau gangguan fizikal lain dapat berfungsi kembali dalam waktu yang singkat.