Tentang Kami

Gleneagles Hospital Kota Kinabalu menawarkan penjagaan kesihatan bertaraf dunia bagi
pesakit antarabangsa di Sabah. Dengan kumpulan doktor dan pakar berbilang disiplin yang
menyediakan berbagai perkhidmatan, Gleneagles Kota Kinabalu
turut diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH), yang memastikan semua pesakit
menerima standard perkhidmatan dan penjagaan pesakit yang tertinggi.
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu menawarkan penggunaan teknologi dan prosedur perubatan yang paling
terkini seperti:
Pusat kardiovaskular dan paru-paru - pusat 24 jam 7 hari seminggu, yang menyediakan perkhidmatan
kardiak, paru-paru dan vaskular yang menyeluruh bagi pesakit dewasa dan kanak-kanak. Pusat ini
dilengkapkan dengan sebuah teater kardiak dan torasik khusus
di samping unit penjagaan rapi.
Pusat otak dan saraf - pusat 24 jam 7 hari seminggu, yang dilengkapi pasukan di hospital yang
bersedia untuk merawat pesakit yang mengalami kecederaan otak, epilepsi, gangguan tidur, strok,
serta masalah leher dan tulang belakang. Pusat ini turut menawarkan
Terapi Rangsangan Otak melalui Rangsangan Magnetik Transkranial berulang (rTMS).
Mengenai IHH Healthcare
IHH merupakan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan multinasional terkemuka yang komited dalam membentuk masa depan penjagaan kesihatan. Berpandukan aspirasi “Care. For Good.”, kami menggabungkan kecemerlangan perubatan dengan inovasi, sambil terus melangkaui batas melalui jenama dipercayai seperti Acibadem, Gleneagles, Fortis, Island Hospital, Mount Elizabeth, Pantai, Parkway dan Prince Court.
Di 10 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Turkiye, India dan Greater China, tenaga kerja kami seramai lebih 70,000 orang memberikan perkhidmatan bertaraf dunia setiap hari, merangkumi lebih daripada 140 fasiliti penjagaan kesihatan termasuk lebih 80 hospital.
Di Malaysia, IHH mengendalikan 18 hospital dengan kira-kira 3,500 katil di bawah jenama seperti Gleneagles, Island Hospital, Pantai, Prince Court dan Timberland Medical Centre. Disokong oleh perkhidmatan sampingan seperti Premier Integrated Labs, Premier Integrated Rehab serta klinik penjagaan primer di bawah Twin Towers Medical Centre, lebih 15,000 kakitangan dan 1,500 pakar kami menyediakan penjagaan menyeluruh merangkumi perkhidmatan primer, pesakit luar, hingga ke peringkat tertiari dan kuaternari, disertai dengan diagnostik dan rehabilitasi.
Bersama rakan strategik, IHH terus memacu penjagaan kesihatan berasaskan nilai, membina ekosistem yang mampan dan memberi impak yang bermakna kepada masyarakat. Kami komited untuk menjadi rangkaian perkhidmatan kesihatan yang paling dipercayai di dunia.
www.ihhhealthcare.com
COO Kami
Kevin Chia
Ketua Pegawai Operasi,
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Kevin Chia ialah Ketua Pegawai Operasi Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, tempat beliau menyelia operasi harian hospital, penyampaian prestasi dan keutamaan pelaksanaan.
Kevin merupakan sebahagian daripada pasukan perintis Hospital Gleneagles Kota Kinabalu pada tahun 2015, tempat beliau memainkan peranan penting dalam menubuhkan sistem kewangan hospital dan menetapkan SOP Kewangan. Kemudian, beliau mengembangkan sumbangannya melangkaui bidang kewangan, melalui kerjasama rapat dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam perancangan operasi dan strategik.
Pengalaman beliau merangkumi pengurusan kewangan, penambahbaikan proses dan operasi hospital. Di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, beliau telah membantu untuk memperkemas aliran kerja pengebilan, menambah baik aliran tunai, meningkatkan proses stok dan bayaran balik, serta menyokong penggunaan digital melalui pelancaran MyHealth360, menjadikan hospital tersebut sebagai salah sebuah hospital IHH Healthcare Malaysia yang terawal memperkenalkan platform tersebut.