Pembedahan Ortopedik & Trauma
  • Ambulans / Kecemasan
    +607 560 1111
  • Talian am
    +607 560 1000

Pembedahan Ortopedik & Trauma

Kedua-dua bidang pengkhususan ini biasanya adalah berkaitan kerana ia boleh disebabkan oleh trauma, kemalangan, kecederaan sukan, penyakit merosot, jangkitan, tumor dan masalah kongenital. Pakar ortopedik menguruskan keadaan berkaitan sistem rangka otot melalui kedua-dua kaedah pembedahan invasif dan tidak invasif, di samping kaedah bukan surgeri untuk membetulkan dan merawat masalah tersebut.

Perkhidmatan Pakar Ortopedik

Keupayaan bergerak memainkan peranan penting dalam memperkayakan perjalanan hidup kita dan penjagaan kesihatan keseluruhan kita. Sebarang kecederaan pada tulang dan/atau otot kita boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius, terutamanya jika tidak dirawat. Di Hospital Gleneagles, pasukan Pakar Ortopedik kami yang merangkumi pakar bedah, jurufisioterapi, juruterapi pekerjaan dan jururawat, bekerjasama untuk memastikan pemulihan yang cepat dan menyenangkan bagi anda

Rawatan kami termasuk:

Pembedahan Penggantian Sendi

Pakar bedah menggunakan teknologi, teknik dan prosedur yang terkini untuk menggantikan, membentuk semula sambil memelihara sendi-sendi pinggul, lutut serta bahu.

Prosedur Invasif Minimum

Sesuai untuk pengujian dan rawatan diagnostik, prosedur seperti artroskopi mungkin digunakan untuk mengkaji dan membaiki sendi yang berpenyakit atau rosak, melalui insisi yang kecil.

Senarai Penyakit Ortopedik yang Dirawat

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit-penyakit ini, klik DI SINI

Bahu

-Kaf koyak
-Bahu beku
-Kecederaan kaf rotator
-Dislokasi bahu (kronik)
-Bahu tidak stabil
-Tendonitis bahu

Tangan & Pergelangan

-Sindrom terowong karpus
-Tenosinovitis De Quervain (sakit pergelangan tangan)
-Sista ganglion
-Artritis tangan
-Fraktur tangan
-Trauma tangan
-Jari picu
-Cedera ligamen pergelangan tangan

Kecederaan sukan

-Penyakit degenerasi spina
-Stenosis spina lumbar
-Sakit tengkuk
-Dekompresi saraf
-Skiatika (saraf terjepit)
-Skoliosis
-Cakera teranjak
-Spondilolistesis (tulang belakang tidak sejajar)

Lutut

-Kecederaan ligamen krusiat depan (ACL)
-Sakit lutut depan (lutut pelari) / kondromalasia patela (CMP)
-Kecederaan ligamen kolateral medial (MCL)
-Meniskus koyak / lutut berlaga kondromalasia patela (CMP)
-Artritis lutut
-Bursitis lutut
-Penyakit Osgood Schlatter
-Osteoartritis (lutut terkunci)
-Sindrom patela femoral (sakit tempurung lutut)
-Kecederaan ligamen kolateral lateral (LCL)
-Tendonitis patela (lutut pelompat)
-Kecederaan ligamen krusiat belakang (PCL)

Pinggul

-Artritis pinggul
-Bursitis pinggul
-Dislokasi pinggul (kongenital)
-Fraktur pinggul
-Sakit lumbar
-Osteonekrosis
-Sindrom pinggul penari

Tumor Rangka Otot

-Tumor benigna
-Metastasis
-Kanser tulang lazim (tumor tulang)
-Kanser tisu lembut lazim

Siku

-Dislokasi
-Siku pemain golf
-Siku tenis

Jenis Rawatan

Pasukan doktor dan jururawat kami adalah terlatih dan berempati dalam menyediakan anda penjagaan pemulihan jantung, vena, dan arteri yang menyeluruh bagi memastikan proses pemulihan yang lengkap, selesa dan berhasil untuk anda.

Pembedahan Jari Picu

Jari picu berlaku kerana mencengkam atau menggenggam objek tertentu berulang-kali, dan ia boleh menyebabkan rasa terkunci yang sakit pada satu atau lebih banyak jari. Dua pilihan pembedahan disediakan (terbuka atau perkutaneus), yang mana bergantung pada sama ada tapak tangan individu adalah punca tendon terjejas.

Eksisi Tumor

Jika tumor didapati, prosedur pembedahan dijalankan untuk membuangnya. Tumor tersebut akan dihantar untuk dianalisis bagi menentukan rawatan selanjutnya.

Amputasi

Kadang-kadang, pembedahan mungkin dijalankan untuk membuang separa atau seluruh anggota, atau hujung anggota seperti lengan, kaki, tapak kaki, tangan, jari kaki, atau jari tangan.

Penggantian Lutut

Prosedur pembedahan di mana bahagian sendi berpenyakit (artritis) terutamanya yang mempunyai komponen sendi tiruan (prostesis), akan digantikan sepenuhnya (total) dengan sendi tiruan. Prosedur ini boleh dijalankan untuk menggantikan sendi lutut yang terjejas oleh pelbagai penyakit seperti osteoartritis akut, artritis reumatoid, hemofilia, gout dan kecederaan berkaitan lutut.

Artroscopi lutut

Teknik surgeri ini membantu mendiagnosis dan merawat masalah berkaitan sendi lutut dengan memasukkan kamera kecil malalui insisi yang kecil. Imej-imej yang diambil membantu pakar bedah melihat masalah dengan tepat dan membetulkannya, dengan memasukkan instrumen kecil yang berasingan. Artroskopi mendiagnosis masalah seperti meniskus koyak atau patela (tempurung lutut) tidak sejajar, dan membaiki ligamen.

Rekonstruksi Anggota Lutut

Untuk mengembalikan fugsi anggota atau sendi, surgeri rekonstruksi mungkin diperlukan bagi kedua-dua kecacatan kongenital atau perolehan.

Peleraian Terowong Karpus

Pembedahan mungkin perlu dilakukan jika ligamen karpus adalah punca yang menekan pada saraf median. Surgeri peleraian terowong karpus biasanya dijalankan melalui insisi kecil pada tapak tangan berhampiran pergelangan tangan, atau melalui lubang kunci. Prosedur ini boleh dijalankan di bawah penjagaan harian dan menggunakan anestesia setempat.

Penggantian Pinggul Total

Jika pinggul terjejas oleh penyakit seperti artritis, sebahagian sendi boleh digantikan dengan komponen tiruan. Prosedur surgeri ini membantu mengurangkan sakit sendi, memperbaiki gerakan dan membantu pesakit mengekalkan gaya hidup yang aktif dengan selesa.

Jenis Ujian Diagnostik

Pemeriksaan fizikal

Ujian sendi untuk memeriksa pengumpulan cecair (bengkak) dan gerakan khususnya pada sendi yang panas, merah dan nyeri (meradang).

Elektromiogram (EMG)

Ujian diagnostik EMG disarankan bagi mengukur aktiviti elektrik dan masa respons otot terhadap rangsangan saraf kerana ia dapat membantu mengesan penyakit otot dan saraf, di samping gangguan pada kesambungannya.

Prosedur EMG melibatkan satu atau lebih banyak jarum elektrod dimasukkan menerusi kulit, ke dalam tisu otot, untuk merakamkan aktiviti elektrik otot.

Jarum (biopsi terbuka)

Prosedur biopsi tulang memerlukan sampel tulang diambil dan ditelitikan untuk mengesan aktiviti sel yang tidak normal.

Biopsi jarum memerlukan insisi kecil dibuat pada kulit untuk memasukkan jarum ke dalam tulang bagi mendapatkan sampel. Jangan bimbang kerana biopsi ini dijalankan di bawah anestesia setempat.

Namun, biopsi terbuka memerlukan insisi yang lebih besar pada kulit, dan sekeping tulang akan dikeluarkan melalui surgeri. Jangan bimbang kerana prosedur ini dijalankan di bawah anestesia umum sepenuhnya.

Teknik Diagnostik Pengimejan

Imbasan Tomografi Berkomputer (CT)
Kaedah pengimejan diagnostik ini menggunakan x-ray untuk menghasilkan imej digital bagi tulang, saluran darah dan tisu lembut di dalam badan, dalam pandangan keratan melintang.

Ultrabunyi Diagnostik
Teknik tidak invasif ini juga dipanggil sonografi, dan menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk menghasilkan imej digital bagi struktur di dalam badan. Imej-imej beresolusi tinggi ini membantu pakar kami untuk mengesan koyak tendon, kalsifikasi kecil dan unsur-unsur asing.

Densitometri X-ray Dwitenaga (DXA) 
Prosedur ini menggunakan x-ray untuk mengukur faktor-faktor seperti ketumpatan tulang apabila mendiagnosis osteoporosis. DXA turut digunakan untuk meramalkan risiko fraktur individu dan juga bermanfaat untuk memantau respons selepas rawatan.

Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)
MRI adalah teknik pengimejan tidak invasif yang menggunakan medan magnet dan denyutan gelombang radio untuk menghasilkan imej-imej tulang dan tisu-tisu lembut. Disebabkan MRI tidak menggunakan x-ray, ia tidak mempunyai sebarang kesan sampingan yang diketahui. MRI juga digunakan untuk mendiagnosis dan menilaikan pelbagai masalah perubatan yang mengganggu tisu lembut.

Artografi Resonans Magnetik (MRA) 
MRA adalah sama seperti MRI, tetapi ia menghasilkan imej yang lebih baik kerana pelarut kontras (gadolinium) disuntik ke dalam sendi yang terjejas, untuk membolehkan struktur dan tisu-tisu lembut menunjukkan koyak dan kecacatan. MRA biasanya digunakan untuk menentukan penyakit sendi, dan berkesan untuk mengesan penyakit ligamen, tendon dan masalah berkaitan rawan.

Imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET)
Prosedur pengimejan perubatan ini memberikan maklumat terperinci tentang fungsi-fungsi organ atau sistem dalam badan. Imej-imej PET menyediakan maklumat fisiologi tentang tulang, dan biasanya digunakan untuk mengesan masalah seperti ketumbuhan tulang yang abnormal yang berkaitan dengan tumor atau keabnormalan lain.

Ujian Darah

Ujian diagnostik biasa termasuk menanggalkan dan menganalisis penanda radang (cth. CRR, ESR dan WBC) dalam darah untuk membantu menentukan jenis artritis. Ujian darah lain untuk mengesan antibodi spesifik seperti anti-CCP (peptida sitrulinasi anti-siklik) dan RF (faktor reumatoid).

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital