Innovative Surgical Excellence: da Vinci® Si System at Gleneagles Hospital KL
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Sistem Pembedahan da Vinci Xi

Sistem pembedahan terkini yang mempertingkatkan pembedahan invasif minimum

Lebih jelas. Lebih tepat.

Pembedahan menggunakan teknologi da Vinci Xi telah mengubah kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Sistem pembedahan da Vinci Xi menggunakan teknologi robotik bagi membantu pakar bedah menjalankan surgeri yang rumit dengan penuh ketelitian. Ini dapat mengurangkan komplikasi, memendekkan waktu pemulihan dan memperbaiki proses pembedahan.

Di Gleneagles Kuala Lumpur, Sistem Pembedahan da Vinci Xi digunakan untuk membantu pakar-pakar kami menjalankan prosedur Obstetrik & Ginekologi, Urologi, Kolorektum dan Pembedahan Kepala & Leher.

Apakah itu pembedahan dibantu robotik?

Dianggap sebagai pembedahan invasif minimum yang paling intuitif dan terkini, sistem pembedahan robotik da Vinci Xi membantu pakar bedah menjalankan prosedur yang rumit dengan lebih tepat, untuk mendapatkan hasil yang lebih baik bagi pesakit.

Mengubah pendekatan anda

Da Vinci Xi mempunyai lengan yang dipasang pada boom dengan sambungan pelbagai tetapan kedudukan yang direka untuk membantu memaksimumkan ruang kerja pembedahan secara luaran dan dalaman. Hanya dari satu lokasi troli, capaian lengan yang lebih luas¹ dapat dilakukan dan pakar bedah boleh menjalankan pembedahan dengan lebih mudah merentas kuadran dan bebas untuk menyelesaikan pelbagai prosedur invasif secara minimum.

Pembedahan robotik dalam bidang urologi dan ginekologi

Dalam bidang urologi, pembedahan robotik digunakan untuk merawat kanser prostat, pundi atau ginjal. Kaedah ini telah lama digunakan dengan kira-kira 95% surgeri robotik dijalankan bagi merawat kanser prostat sejak sedekad yang lepas.

https://gleneagles.com.my/kuala-lumpur/news/sin-chew-interview-treating-prostate-cancer-with-robotic-surgery

Lain-lain prosedur yang boleh dijalankan termasuk miomektomi, histerektomi, surgeri radikal untuk kanser ginekologi dan endometriosis, kanser kolorektum dan prosedur pembedahan untuk kepala dan leher seperti apnea tidur.

Terokai teknologi di sebalik pembedahan dibantu robotik, dan bagaimana anda dapat memanfaatkannya. Hubungi kami di +603-4141 3001 / +603-4141 3583 atau hantarkan e-mel ke my.gkl.inquiry@parkwaypantai.com untuk maklumat lanjut.

Kecekapan dalam operasi

Selama beribu-ribu jam selama beberapa dekad, Intuitive telah bekerja dengan pasukan penjagaan pembedahan untuk membantu menyelaraskan pembedahan yang dibantu robot, maka dengan itu, ciri sistem pembedahan da Vinci Xi membantu anda memulakan tugas dengan cepat dan menyelaraskan tugas yang penting.

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Perkhidmatan Klinikal Utama
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital