Bilik-bilik Pesakit
  • Ambulans / Kecemasan
    +6088 518 911
  • Talian am
    +6088 518 888
 

Bilik-bilik Pesakit

Ditubuhkan pada 2015, dengan 180 katil, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan dan penjagaan pesakit oleh pakar perubatan yang terlatih. Bilik kami bukan sahaja dilengkapi dengan pemandangan yang cantik, malahan bilik pesakit di sini lengkap dengan kepakaran perubatan, perhatian dan kemudahan moden.

Chef kami yang berpengalaman menawarkan perkhidmatan terbaik kepada anda dengan hidangan yang disediakan oleh dapur dalaman kami. Kami menyediakan sarapan, makan tengah hari, teh dan makan malam sepanjang penginapan anda. Kopi dan teh tambahan juga disediakan atas permintaan, dan semua makanan yang dihidangkan disediakan adalah Halal. Untuk sebarang keperluan pemakanan khas, pakar diet kami akan memberikan panduan pemakanan yang sesuai. Kami juga menyediakan perkhidmatan bilik à la carte untuk anda dan pelawat anda.

Persendirian
Bilik Perseorangan

Harga: RM295

Direka khas untuk pesakit yang memerlukan privasi. Bilik Perseorangan kami dilengkapi dengan:

  • Peti Simpanan
  • Katil Sofa
  • TV (Unit)
  • Bilik Air
  • Peti Sejuk Kecil

 

Bilik-bilik Suite
Bilik Suite Junior

Harga: RM900

Suite yang terkecil daripada semua suite, memperkenalkan Suite Junior kami dengan keistimewaan yang dipertingkatkan dan keselesaan eksklusif. Ia adalah sebuah bilik yang dibahagikan kepada dua kawasan: bilik tidur dan ruang duduk pada ruang makan dan dapur kecil.

Suite Junior kami dilengkapi dengan:

  • Peti Simpanan
  • TV (Unit)
  • Cerek
  • Bilik Air
  • Peti Sejuk Kecil
  • Kerusi
  • Ruang tamu
  • Dapur kecil
Bilik Suite Presiden

Harga: RM1,700

Penginapan di bilik suite Presiden seakan-akan anda menginap di hotel lima bintang yang lengkap dengan kemudahan perubatan. Ringkasnya, bilik ini adalah seperti bilik hotel dengan kehadiran doktor untuk merawat anda. Bilik ini dilengkapi ruang depan berserta tandas, ruang tamu, ruang makan, dapur kecil yang padat, serta bilik tidur dengan bilik air sekali.

Pesakit yang menggemari santapan mewah dapat memuaskan keinginan mereka seperti biasa. Hidangan dirancang dan disediakan dengan rapi untuk memastikan keinginan mereka masih dapat dinikmati di hospital, menurut spesifikasi yang ditetapkan oleh pakar diet dan doktor.

Bilik Suite Presiden dilengkapi dengan:

  • Peti Simpanan
  • TV (Unit)
  • Cerek
  • Bilik Air
  • Peti Sejuk Kecil
  • Kerusi
  • Ruang Tamu
  • Dapur Kecil

 

Berkongsi
Bilik Dua Katil

Harga: RM190

Bilik ini sesuai untuk mereka yang memilih untuk tidak bersendirian apabila dimasukkan ke hospital, ia dilengkapi dengan:

  • Peti Simpanan
  • TV (Unit)
  • Bilik Air
  • Kerusi

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Pusat Kecemerlangan
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Pilih Hospital